Dah lama terbiar. Akan coming back dalam masa terdekat.
Setiap hari saya suka melawati laman-laman web automotif. Agak kerugian jika saya mengabaikan blog sendiri.
Susulan azam tahun baru hijrah, saya mahu menghidupkan kembali blog ini. Automotif… khususnya kereta… adalah kegilaan saya.
Saya akan cuba terbaik untuk tahun 2012 nanti , walaupun barangkali cuma saya seorang yang akan mengemaskininya.
Go go goooo
~ Nizam ‘Mysticmind’ Ahamad
Lotus bukan untuk dijual, Exora Turbo dan Satria Neo Turbo
“Jika kita menjadikan Lotus untung dan terus mengekalkan ia di dalam kumpulan, kita akan mendapat keuntungan sebagai pemegang saham (shareholder)”. – Dato’ Sri Nadzmi Mohd Salleh.

*gambar diatas adalah pemenang Pergh My Ride oleh Chaku
Menjawab soalan wartawan tentang membuka tawaran pembelian saham di dalam Lotus pula, Datuk Syed Zainal Abidin menjawab, “Lotus bukan untuk dijual”. Beliau juga berkata, Lotus adalah aset yang amat bernilai bagi Proton. Sebagai pemilik total 100% bagi unit Lotus branding dan engineering, ia amat bermakna untuk mengukuhkan kedudukan pengeluar kereta itu.
Supercar dari Lotus – Lotus Elite
“Lotus tidak boleh hidup sekadar jenama produk khusus” – CEO Lotus, Dany Bahar.
(“Lotus can’t survive as a niche brand.” Lotus CEO, Dany Bahar)
Itu kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Lotus yang baru dilantik beberapa bulan dulu. Orang yang berjaya menjadikan Ferrari lebih banyak dijual. Sejajar dengan wawasan Lotus yang mahu mengembangkan sayap ke arena supercar iaitu bersaing bersama Ferrari, Porsche, Lamborghini dan sebagainya.

Beberapa hari lalu (oh.. saya terlalu sibuk untuk mengudate blog ini), sebuah model konsep dari Lotus dinamakan Elite dikhabarkan akan dipamerkan di Paris Motor Show yan akan berlansung pada 2-17 Oktober 2010 ini. Berbagai-bagai reaksi dari Lotus fan dan Lotus fan wannabe
jika diperhatikan di blog-blog auto terkemuka dunia, ada yang suka, ada yang tidak dan sebagainya.
Sedikit info tentang Lotus Elite dan lagi gambar :
MUSC Drag Cyberjaya 2010 – Pusingan ke 9
MUSC DRAG CYBERJAYA 2010
Tarikh: SABTU, 25 September 2010

Kategori Acara & Masa:
1- Proton Campro 1.6 – 3.00pm
2- K-Car/Keikar 1.0 – 4.30pm
3- NA 1.6 – 6.00pm
4- NA 1.8 – 7.30pm
5- NA 2.0 – 9.00pm
6- VTEC Open – 10.30pm
7- 2WD Turbo 1.8 – 12.00am
8- 2WD Turbo Open – 1.30am
Kereta Karan Budak Sekolah…300MPG :0
Jangan tak percaya bang.Budak sekolah dah bole buat kereta elektrik 300MPG! Gila jimat petrol,boleh jadi kereta kegemaran penduduk Malaysia,terutama kaki merungut setiap kali minyak naik. (Rokok naik senyap pulak?) Budak-budak cerdik dari DeLaSalle Education Center, dengan bantuan pakar-pakar automotif Amerika telah bertungkus-lumus membina sebuah kereta elektrik yang boleh tahan lajunya dan mesra alam.
Mereka menggunakan chassis 2000 Lola Indy dan dijana oleh motor elektrik yang dibina khas untuk projek ini.
Cakap banyak tak guna,tengok saja ini video
Spyshots dan Impression Waja-Lancer 2010



.jpg)
Mercedes CL63 AMG (2011)

Model coupe dari Mercedes CL63 AMG ini benar-benar menambat hati golongan muda elit, apabila tampil dengan ciri-ciri sporty dan elegan. Dengan sentuhan kepakaran dalam teknologi automotif, model ini lebih berprestasi dan efisien apabila ia dibekalkan enjin AMG V8 biturbo berkapasiti 5.5 liter yang baru. Enjin ini menghasilkan keluaran maksimum pada 563 kuasa kuda (dengan pakej prestasi AMG). Ia benar-benar mantap. Selain itu, enjin AMG V8 biturbo ini mempunyai crankcase yang diperbuat dari diecast alumunium beserta barisan silinder Silitec. Ini membuatkan jisim kereta lebih ringan. Manakala silinder Silitec pula berfungsi untuk memastikan 8 piston beroperasi pada kadar geseran yang rendah. Luaran CL63 AMG ini, pastinya cukup menggiurkan, ditambah pula hiasan dalaman yang bergaya dengan kemasan hitam dan putih.
Lain-lain teknologi pada model ini adalah:
- Kombinasi turbocharging berkembar dengan suntikan bahanapi berterusan.
- Penyejuk udara/air yang efisien.
- Teknologi 4 injap dengan penyesuai camshaft bolehubah (variable camshaft adjustment).
- Sistem ekzos sports berkembar AMG.
- Teknologi pembebasan asap yang efisien dengan catalytic converter boxes baru.
Proton di Indonesia International Motor Show 2010


Muzium Automobil Nasional Sepang
Malaysia mula mengorak langkah di bidang perindustrian berat khususnya bidang pembuatan kenderaan komersil apabila tertubuhnya Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980 dan seterusnya Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) pada tahun 1983, Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (PERODUA) pada tahun 1993, Motosikal dan Enjin Nasional Sendirian Berhad (MODENAS) pada tahun 1995. Industri permotoran Malaysia telah banyak berkembang sejak kebelakangan ini.
Sejajar dengan perkembangan tersebut, Muzium Automobil Nasional telah dibangunkan. Muzium ini memaparkan beberapa model kereta dan motosikal buatan tempatan serta kereta-kereta import yang pernah digunakan di negara ini. Tujuan utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan dan pencapaian industri permotoran di Malaysia. Muzium ini juga memaparkan beberapa koleksi kereta vintaj dan klasik yang memepunyai sejarahnya yang tersediri. Muzium ini berharap dapat memberi maklumat, mendidik serta menghibur para pengujung mengenai sejarah dan kejayaan negara dalam menerokai industri ini.
Muzium Automobil Nasional ini terletak di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Dan tiada bayaran masuk dikenakan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Jabatan Muzium Malaysia atau klik di SINI.
*sumber: Jabatan Muzium Malaysia
Evo X Helang Lebuhraya Terbabas?
Sekeping gambar, seribu cerita, ini adalah salah 1 dari padanya.
Hahahahaha…

Helang lebuhraya, atau kereta polis Mitsubishi Evolution X ini adalah untuk tujuan kejar mengejar kenderaan kuasa tinggi di lebuhraya. Evo X (atau Evo 10) yang popular itu bertenaga sekitar 300hp! dan AWD, bermaksud 4 tayarnya bekerja. Khabarnya juga, pemandu-pemandunya wajib mengikuti latihan khas untuk mengendalikannya. Itupun masih boleh terbabas didalam hujan? atau terbabas semasa mengejar apa-apa kot?.
Apa pendapat, cerita atau barangkali anggapan anda?
Gambar ini didapati dari internet tentunya, jika ada sesiapa yang tahu mana asal usulnya sila bagitahu untuk saya kreditkan.




