Lotus bukan untuk dijual, Exora Turbo dan Satria Neo Turbo

Saturday, September 25th, 2010 | Kereta, Lotus, Proton

“Jika kita menjadikan Lotus untung dan terus mengekalkan ia di dalam kumpulan, kita akan mendapat keuntungan sebagai pemegang saham (shareholder)”. – Dato’ Sri Nadzmi Mohd Salleh.


*gambar diatas adalah pemenang Pergh My Ride oleh Chaku

Menjawab soalan wartawan tentang membuka tawaran pembelian saham di dalam Lotus pula, Datuk Syed Zainal Abidin menjawab, “Lotus bukan untuk dijual”. Beliau juga berkata, Lotus adalah aset yang amat bernilai bagi Proton. Sebagai pemilik total 100% bagi unit Lotus branding dan engineering, ia amat bermakna untuk mengukuhkan kedudukan pengeluar kereta itu.

Turut dinyatakan, bahawa pada awal tahun depan, versi Exora 1.6 Turbo akan dikeluarkan. Engine spefikasi tinggi yang lebih bertenaga ini hasil kerjasama dengan Lotus Engineering menyamai kekuatan engin 2.0 liter NA. Selain itu juga engin ini akan dipasang pada versi seterusnya Satria Neo. :o (Satria GTI?)

Selain itu juga Proton menyatakan mereka masih membuka peluang pada kerjasama dengan pihak-pihak lain, contohnya kerjasama dengan Mitsubishi bagi model baru yang akan dilancarkan pada November ini. (Tentunya Waja Lancer).

Pada tahun ini 157,170 unit kenderaan Proton telah dijual dalam penutupan kewangan 31 march 2010, dan kira-kira 139,394 darinya unit yang dijual pada tahun 2009. Syed Zainal juga menyatakan mereka sedang fokus kepada memperbaiki kawalan kos dalaman dan matawang asing untuk memastikan keuntungan berterusan.

*aku lebih tak sabar nak tengok Neo Turbo tu. :D

// Sumber Bernama dan The star.

POS BERKAITAN:

  1. Satria Neo S2000 masih beraksi, begitulah
  2. Supercar dari Lotus – Lotus Elite
  3. Lotus Evora kini dipasaran Malaysia
  4. Pelan 5 Tahun transformasi Kumpulan Lotus
  5. Proton – Lotus mahukan Bob Lutz dan Tom Purves?

Tags: , , , , , ,

Takkan baca saja! Komenlah sekali!

5 Komen to Lotus bukan untuk dijual, Exora Turbo dan Satria Neo Turbo

keyboard.rosak
25/10/2010

bro, leh bagi link utk source dari bernama n the star tu?, aku carik x jumpe la

Nizam Ahamad
25/10/2010

Macam dah takde kot, diorang masuk archive kalau dah lebih sebulan berita.

keyboard.rosak
28/10/2010

aku curious pasal Neo Turbo tu, news yg aku jumpe sebut psl Exora n new Persona je yg masok turbo nih, tatau lak neo pon nk masok

Hantar komen

VISI & MISI

Menyedari betapa kurangnya blog automotif dalam bahasa Malaysia dan juga kurangnya info-info teknikal berkaitan dunia permotoran dalam bahasa kebangsaan ini, maka dari itu tercetuslah idea mewujudkan blog ini. Blog ini bercita-cita sangat besar, mahu menjadi 'leading' dan numero uno di Malaysia bagi web informasi segala aspek dan berita terkini permotoran. Kami berharap dapat mengumpul segala pakar automotif disini!.

Cari

Statistik