Supercar dari Lotus – Lotus Elite

Friday, September 24th, 2010 | Kereta, Konsep, Lotus

“Lotus tidak boleh hidup sekadar jenama produk khusus” – CEO Lotus, Dany Bahar.
(“Lotus can’t survive as a niche brand.” Lotus CEO, Dany Bahar)

Itu kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Lotus yang baru dilantik beberapa bulan dulu. Orang yang berjaya menjadikan Ferrari lebih banyak dijual. Sejajar dengan wawasan Lotus yang mahu mengembangkan sayap ke arena supercar iaitu bersaing bersama Ferrari, Porsche, Lamborghini dan sebagainya.

Beberapa hari lalu (oh.. saya terlalu sibuk untuk mengudate blog ini), sebuah model konsep dari Lotus dinamakan Elite dikhabarkan akan dipamerkan di Paris Motor Show yan akan berlansung pada 2-17 Oktober 2010 ini. Berbagai-bagai reaksi dari Lotus fan dan Lotus fan wannabe :D jika diperhatikan di blog-blog auto terkemuka dunia, ada yang suka, ada yang tidak dan sebagainya.

Sedikit info tentang Lotus Elite dan lagi gambar :

Lotus Elite adalah kereta kompak sports GT dengan ruang 2+2.
Convertible, iaitu berbumbung keras (hardtop) dengan boleh simpan.
Gear auto dengan 7 kelajuan dengan klac berkembar!
Dijana engin 5.0 V8 menghasilkan 542hp atau 611hp untuk versi R.
0 – 100kmh dalam anggaran 3.6 saat! :o
- menjadikan ia Lotus paling bertenaga dan terpantas setakat ini!
Namun begitu, berat keseluruhan kenderaan kira-kira 1630 kg (1.6 tan)
- iaitu sekali ganda lebih berat dari Lotus Elise tetapi lebih ringan dari pesaing-pesaing terdekatnya seperti Ferrari 599 dan sekelasnya.
Selain itu kelebihan lainnya ialah jauh lebih murah daripada supercar-supercar yang lain. (biasalah, pendatang baru kena la macam tu).

Model ini khabarnya akan mula dipasarkan pada 2014

POS BERKAITAN:

  1. Spirra Supercar dari Korea
  2. Pelan 5 Tahun transformasi Kumpulan Lotus
  3. Lotus Evora kini dipasaran Malaysia
  4. Proton – Lotus mahukan Bob Lutz dan Tom Purves?

Tags: , , , , ,

Takkan baca saja! Komenlah sekali!

Tiada komen lagi! Ketahuilah bahawa sesungguhnya komen anda adalah penambah semangat kami.

Hantar komen

VISI & MISI

Menyedari betapa kurangnya blog automotif dalam bahasa Malaysia dan juga kurangnya info-info teknikal berkaitan dunia permotoran dalam bahasa kebangsaan ini, maka dari itu tercetuslah idea mewujudkan blog ini. Blog ini bercita-cita sangat besar, mahu menjadi 'leading' dan numero uno di Malaysia bagi web informasi segala aspek dan berita terkini permotoran. Kami berharap dapat mengumpul segala pakar automotif disini!.

Cari

Statistik