Satria Neo S2000 masih beraksi, begitulah

Wednesday, June 30th, 2010 | Kereta, Proton, Rally | No Comments

Late update, sangat sibuk dengan urusan dunia yang benar-benar penting. Update ini juga sekadar melengkap cerita buat masa ini.

Hari-hari terakhir di Rally Ypress, Belgium nyata mengecewakan buat kita dan tentunya team Satria Neo S2000 sendiri apabila ketiga-tiga buah keretanya gagal menamatkan perlumbaan.  Ini adalah berikutan kegagalan enjin dan gagal diselesaikan menjadikan mereka gagal meneruskan rally.

Freddy Loix yang memandu Skoda Fabia S2000 menang di gelanggang sendiri. :D , manakala Kris Meeke yang lebih popular itu juga kemalangan membuatkannya gagal menamatkan perlumbaan juga.

Perjalanan dan perjuangan Proton di arena rally masih jauh, apa-apapun diharapkan ia tidak terlalu lambat. Kerana Malaysian sifatnya sangat tidak sabar untuk melihatkan keputusan dan cuma tahu mahu menang saja. Hahaha.

Rally akan datang ialah Rally Whangarei – New Zealand. Kita tunggu dan lihat!. Good luck Satria Neo S2000!

*Kredit gambar dan cerita dari Facebook rasmi Proton Satria Neo S2000.

Tags: , , , , , ,

Vuvuzela Terbesar di dunia oleh Hyundai!

Saturday, June 26th, 2010 | Hyundai, Kereta, Umum | 3 Comments

Melihat Worldcup 2010 adalah sangat tidak aman dengan ganguan bunyi macam lalat dari vuvuzela. Samapaikan tenggelam sebarang sorakan penonton. Apatah lagi time sorakan GOAAAALLLLL!!!! pun tidak kedengaran seperti dulu. Aduuuuhhhh! Nah! Ambik! Vuvuzela terbesar dunia! (setakat ini) dari Hyundai, iaitu salah satu penaja World Cup 2010.

Amacam? Power tak? Pecah telinga?

Sumber : Youtube

Tags: , ,

Pelan 5 Tahun transformasi Kumpulan Lotus

Friday, June 25th, 2010 | Kereta, Lotus, Proton | 1 Comment

Proton, kini merangka pelan jangka sederhana baru anak syarikatnya Lotus, bagi  menjadikan syarikat tersebut sebagai sebuah syarikat yang menguntungkan.

Beberapa tahun kebelakangan ini Lotus berada di dalam ‘merah’, cuma akhir-akhir ini ia sudah kembali ke arah garisan hitam (back on black). Mungkin faktor ini dibantu dengan penjualan Lotus Evora yang memberansangkan.  Selain itu mereka menjual teknologi, melesenkan paten platform dan design, juga bagi projek-projek lain seperti menala sistem suspensi terbaik untuk Nissan GTR contohnya (korang tak tahu? hah! baiklah korang tau). Selain itu khidmat-khidmat ‘consultant’ kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Walaupun begitu, untuk sesebuah syarikat menjadi lebih maju, ia pastinya memerlukan keuntungan yang lebih besar bagi memastikan wang untuk dilaburkan bagi tujuan ‘research and developement’ adalah mencukupi. Untuk tujuan kajian dan pembangunan sentiasa memerlukan perbelajaan yang besar. Selain itu juga, tanpa keuntungan yang mencukupi agak menyukarkan sesebuah syarikat bagi membuat perkara-perkara lain seperti pemasaran (marketing) dan pengiklanan (advertising). Belajar sikit hal perniagaan ya! Got that? haha :D

Hal ini dinyatakan (sumber BERNAMA) oleh pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Salleh. Ujarnya “Semasa mesyuarat lembaga (board meeting), saya berasakan pulangan kumpulan Lotus sebelum ini belum menguntungkan”.  Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, antara strategi utama yang akan dijalankan bagi pelan 5 tahun ini adalah memasuki pasaran ‘Premium Sports Car’ sepertimana Porsche dan Ferrari. Lotus juga turut akan digunakan sebaik mungkin bagi memajukan Proton. Antaranya kerjasama yang lebih banyak dalam membina produk dimasa depan dan lebih nilai-nilai lain.

Perlantikan Dany Bahar (Switzerland) sebagai CEO baru untuk Kumpulan Lotus sejak akhir tahun lalu juga adalah antara sebahagian perancangan tersebut. Dany Bahar seorang yang berpengalaman besar dalam dunia kereta sports mewah. Berpengalaman di Ferrari sebagai Head of Corporate Projects Business, turut terlibat dalam bidang berkaitan Formula One, Nascar dan pelbagai lagi.

All the best. ;)

Tags: , , , ,

Lotus Evora kini dipasaran Malaysia

Thursday, June 24th, 2010 | Kereta, Lotus, Proton | 3 Comments

Kemana pulangnya sirih jika tidak ke gagang. Oh.  Akhirnya Lotus yang diberanakkan di United Kingdom itu menjejak juga ke negara induknya, Proton… Malaysia.

Ah.. berita ini dah disiarkan beberapa hari lalu, cuma saya tidak berkesempatan mengupdatenya. Buat blog yang baru seperti ini agak mustahil diberi peluang datang di hari pelancaran, ataupun dalam bahasa Inggerisnya ‘press invitation’. Ya! mungkin satu hari nanti ada peluang untuk bersama-sama yang lain. Mungkin masanya belum tiba. Apatah lagi saya sekarang masih berusaha mendapatkan sebiji DSLR. Tak mengapa! Update ini adalah untuk melengkapkan apa yang patut ada.

Bernama melaporkan Lotus Malaysia, memasarkan Evora pada harga RM443,480 (spefikasi sports), RM463,650 (spefikasi tech) dan RM472,110 (sports dan tech). Manakala RM490,210 bagi spefikasi edisi pelancaran. Lotus Malaysia mensasarkan jualan sekurang-kurangnya 30 buah Evora dapat dijual pada tahun ini.

Mahal? Habis tu takkan nak murah bawah RM200K! Ini dinamakan menjaga jenama. Perlu diingatkan juga, walaupun Lotus adalah milik Proton, tetapi ia dilahirkan di UK bermakna matanya adalah berwarna biru atau hijau. Ia adalah kenderaan import yang turut kena cukai yang besar. Mahal sangat? Oh come on, kita yang masih miskin sebenarnya. hahaha

*bila la nak merasa test drive kereta nih hahaha.

Tags: , ,

Ketua unit pandu-uji Toyota maut dalam Lexus LFA

Thursday, June 24th, 2010 | Kemalangan, Kereta, spyshot, Toyota | 2 Comments

Hiromu Naruse, 67 tahun, iaitu ketua unit pandu-uji (chief test driver) maut di litar Nürburgring semasa melakukan pandu uji bagi kereta supercar Lexus LFA Nürburgring Edition.

Menurut laporan yang saya terima eh… nih macam ayat filem la plak. Menurut laporan yang saya baca, kereta yang dipandu beliau telah berputar dan menghala arah bertentangan. Kemudian sebuah BMW yang datang tidak sempat mengelak terus menghentam secara berhadapan. Pemandu BMW itu juga dilaporkan cedera teruk.

Hiromu Naruse adalah antara orang yang lama berada di dalam Toyota, juga merupakan salah seorang nadi dibelakang kejayaan Toyota 2000GT.

Errm… kemalangan dalam kereta antara termahal dunia pun boleh maut. Memandulah dengan penuh hemah.

Sumber gambar dari rhein-wied-news (jerman) via autoblog.

Tags: , , ,

Kawasaki Ninja ZX-10R 2011

Wednesday, June 23rd, 2010 | Kawasaki, khabar angin, Motorsikal | 4 Comments

Apa kata kita layan 2 tayar pula. Ya, automotif itu luas rangkumannya. Pilihan kali ini adalah generasi terkini siri ZX dari Kawasaki. Iaitu ZX-10R untuk tahun 2011.

Model dari siri ZX atau Ninja adalah antara model paling banyak dijual oleh Kawasaki di serata pelusuk dunia. Setiap siri ZX lazimnya dituruti dengan nombor. Nombor ini mewakili kapasiti enjinnya. Antara yang popular di Malaysia adalah ZX-2R atau ZXR 250, ZX-6R pula adalah bagi 600 cc dan tentunya ZX-10R mewakili 1000 cc!.

Gambar diatas adalah merupakan ‘Designer Sketch’ dari kawasaki untuk model terbarunya yang kini dalam proses ‘testing’ dan pembangunan yang sudah hampir peringkat akhir. Kelihatan rekabentuk baru yang lebih aerodinamik, dengan beberapa bahagian menggunakan kemasan ‘carbon fiber’. Selalunya, apabila sesuatu model hampir siap dan bakal dikeluarkan, sudah tentu hebahan secara tidak lansung dilakukan mereka. Contohnya seperti sketch di atas, teaser video bahkan propaganda spyshot!

Sebenarnya fasa ini adalah penting bagi mana-mana syarikat kenderaan mahupun apa jua jenis automotif untuk mendapatkan feedback secara tidak formal dari bakal pembeli, pengguna setia, pesaing dan sebagainya. Data-data ini dianalisis kemudian di-implimentasi-kan kepada model sebenar. Ya, sebab ini jugalah kadang-kadang model yang dikeluarkan berlainan dari lakaran dan konsep asal selain dari pengaruh proses pembikinan.

Bandingkan dengan model tahun 2009 ini, pastinya akan ada sebahagian identiti dikekalkan. (Model motor warna hijau ya, yang warna putih berbaju hitam itu model lain!) hahaha. Model ‘superbike’ ZX10R ini dikhabarkan sebagai model yang paling banyak dicuri di Amerika dan dituntut insurannya.

Oh! Tahukah anda, bahawasanya warna hijau pada motor-motor Kawasaki itu telah di-patent-kan right-nya oleh Kawasaki tanpa ada sesiapa pun boleh meniru warna cat nya? Hanya kilang Kawasaki yang mempunyai warna ‘Hijau Kawasaki’ tersebut!.

Info sumber:
http://www.kawasaki-challenge.com

* Fuh, kalu dapat chaku render sketch bagi full syok gak tuh. :D tapi chaku sedang sibuk nak balik Malaysia.

Tags: ,

Spirra Supercar dari Korea

Tuesday, June 22nd, 2010 | Kereta, Lain-lain | 1 Comment

Beberapa hari yang lalu (14hb), sebuah syarikat kecil yang bernama Oullim Motors dari Korea yang beroperasi sejak 2008 telah menyatakan bahawa model supercar mereka akan dilancarkan dalam masa terdekat. Sebenarnya supercar ini sudah agak lama diwar-warkan, juga telah dipamerkan di beberapa International Motorshow.

Spirra adalah sebuah supercar berenjin tengah dibina sepenuhnya dengan tangan manusia. Di tenagai oleh enjin berkapasiti 2.7cc V6 dari Hyundai dengan beberapa tahap kuasa. Enjin ‘Aspirasi Semulajadi’ atau Natural Aspiration (NA) mengeluarkan tenaga sebanyak 173bhp dengan tujahan (torque) sebanyak 245 Nm (Newton Meter) pada 6000 putaran seminit. Manakala konfigurasi kedua adalah dengan bantuan Turbine Boost iaitu Turbo yang kecil menjana tenaga sebanyak 325bhp / 471Nm. Konfigurasi tinggi pula dijana dengan turbo besar menghasilkan 395bhp dan 414bhp juga mencecah 490Nm.

Sistem transmisi manual 6 kelajuan pula memutarkan tayar belakang dan berjaya mencecah 3.5 saat bagi 0-100kmj. Kelajuan maksima pula diatara 212kmj hingga 310kmh. (hemmm… tidak begitu menakjubkan sebenarnya). Badan supercar ini dibina dari carbon fibre dengan tubular spaceframe (perkara biasa bagi supercar juga :D ). Ini semua bagi tujuan meringankan berat kenderaan.

Secara peribadinya, menurut pemerhatian saya, kereta ini seakan ada banyak persamaan dengan Lotus!. Lihat hadapan keretanya, seakan Lotus Evora. Pandangan sisi dan belakang juga seakan dari Lotus. Apa-apa pun itu mungkin mata saya sahaja.

Errr… dan.. logonya…. Juga nama asal syarikat asal yang membina Spirra ini bernama Proto Motors iaitu sebelum diambil alih dan menukar namanya kepada Oullim Motors. Apakah…

Lagi gambar-gambar selepas ini.

› Continue reading

Tags: , , , , ,

Datsun 1200 Coupe Ayahku

Monday, June 21st, 2010 | Datsun, Nissan, Umum | 5 Comments

Kerana hari ini dan semalam adalah hari bapa, dan saya tidak sempat juga membuat pos pada semalam lantaran terlalu sibuk. Jadi saya buat pos hari ini sebagai pos sempena HARI BAPA. Sebenarnya, apabila mahu berblog secara serius seperti ini, kami (saya dan chaku) mendapati seakan sukar benar untuk mengarang ayat-ayat menarik sehingga terasa bagaikan dalam kelas peperiksaan pula. Yeah!

Sebelum itu kita nyanyi dulu…

Kereta kecil warna merah

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah

Pom pom pom pom pom…
Pom pom pom pom…
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

Itulah lagu yang popular semasa saya di tadika pada berpuluh-puluh tahun dulu. Apa yang menariknya, sememangnya (arwah) ayah saya, mempunyai kereta berwarna merah dan kecil err… tidaklah sekecil mana. Apa-apapun, rasa-rasanya lagu diatas bukanlah merujuk kepada kenderaan sebenar, sebaliknya mungkin kereta mainan yang aku tidak pasti saiznya hahaha.

Dalam tahun 70′an dahulu, adalah waktu yang boleh dikatakan kemuncak zaman munculnya penempatan felda dan tanah rancangan seluruh Malaysia. Tanaman utama adalah kelapa sawit tentunya, yang pada masa itu menjanjikan hasil yang lumayan. Jadi tidak perlu berasa hairan jika ramai peneroka mampu membeli kereta. Namun begitu, tidak ramai yang membeli kereta kerana tiada lesen! Jadi mujurlah ayah saya antara segelintir orang-orang yang berjaya mendapatkan lesen pada ketika itu. Perlu diingatkan, zaman tersebut untuk keluar ke bandar yang ada JPJ pun sudah makan masa sehari dua. :o

Pada zaman dahulu, kita patut maklum bahawa sesuatu model kereta yang dikeluarkan, mempunya ‘jangka hidup’ atau lifespan yang panjang. Sesebuah model boleh dipasarkan lebih daripada 5 tahun, lantaran untuk membina sesebuah model juga mengambil masa yang lama. Tidak seperti sekarang, syarikat-syarikat kereta besar mampu mengeluarkan beberapa model dalam setahun. Dengan itu saya kurang pasti samada kereta ini dikeluarkan pada lewat tahun 60an ataupun 70an. :D

Baiklah, berbalik kepada kereta ayahku ini.
Datsun 1200 Coupe! › Continue reading

Tags: , , ,

Kemalangan pertama Mercedes Benz SLS AMG!

Friday, June 18th, 2010 | Kemalangan, Mercedes Benz | 1 Comment

Tidakkkkk!!!, baru beli dan pakai tak sampai sebulan dah pun eksiden. Bagus! chaku baru sahaja pos tentang kereta ini, dan malam tadi aku dah baca tentang kereta ini ‘eksiden’ buat pertama kalinya.

Apa yang menyedihkan dan menariknya, Mercedes Benz SLS AMG ini baru sahaja dipasarkan pada awal bulan Jun ini (ya, bulan ini!). Itu pun di pasaran eropah, bukan pasaran seluruh dunia. Bermakna, usia kereta ini tidak pun sampai…. 2 minggu. Oh :o

Kemalangan ini berlaku di Rusia, entah jutawan mana yang punya tidaklah diketahui. (Erk?!!  Women Driver)  :p Kerosakan adalah teruk dan bolehlah di declare sebagai total lost. fuhhh! Oh, mujur juga gullwing-nya masih boleh dibuka, kalau tak… susah nak keluar haha.

Saya sejujurnya (nak bangga kejap) sudah melihat kereta ini di hadapan mata iaitu ketika menonton dari grandstand F1 Sepang yang lalu. Ada sebuah berwarna putih, ia adalah kenderaan keselamatan rasmi (official safety car) untuk Formula 1 musim 2010 ini. ( Lihat gambar ini di blog saya, perhatikan kenderaan disebelah ambulan. )

Identiti utamanya dengan pintu sayap ‘gullwing’, bersaiz sederhana dan dengan deruman enjin v8. Di Malaysia ini entah berapa puluh buah kereta berenjin v8 pun tak tahu, yang pasti tentunya tidak banyak. Biasalah! ia soal roadtax, insurans dan… minyak. Harga cecah jutaan sudah tentu. ;)

Kredit sumber asal :  Yaplakal (Bahasa Rusia)
*gambar sudah di-enhance-kan oleh autorotik.com

nota kaki : Eh! , ada sayap tapi tak boleh terbang mengelak ke?

Tags: , , ,

Hypercar Venom GT dari Hennessey adalah Lotus?

Friday, June 18th, 2010 | Kereta, Lain-lain | 1 Comment

Tengok pada rupanya, sudah tentu nampak persamaan yang ketara bukan? Adakah mereka adik beradik? Lain emak lain bapak kah? Nah! Terimalah supercar dari Henessey (tiada kaitan dengan jenama arak Heineken ya!)  iaitu Venom GT!.

Ya! Berbisa, sungguh berbisa! Saya sangat teruja melihat rupa bentuk supercar yang ganas tetapi masih mengancam ini. Apatah lagi mimpi yang sukar jadi nyata saya adalah barisan terbaru dari Lotus. Bahkan Lotus Elise biasa juga adalah idaman ramai orang. Seperti yang kita ketahui, lotus sememangnya menjual hak paten casis mereka kepada sesiapa yang mahu membelinya.

Ermm.. mungkin istilah ‘menjual’ kurang tepat, sebaliknya melesenkan kepada sesiapa yang berminat. Sebenarnya ini bukanlah perkara baru bagi Lotus terutamanya, melesenkan patent casisnya yang begitu fleksibel dan boleh dipelbagaikan. Ini juga adalah penjimatan yang amat besar bagi sesebuah syarikat automotif kecil yang bersifat pasaran ‘tertentu’.

Casis dari Lotus ini juga sudah banyak digunakan oleh syarikat-syarikat lain dan ternama. Contohnya model-model berikut; Vauxhall VX220 atau Opel Speedster, Tesla Roadster, Dodge EV, Rinspeed sQuba dan banyak lagi. Baik kereta berenjin biasa mahupun kenderaan kuasa elektrik. Cuma, mungkin inilah julung-julung kalinya ia digunakan untuk sebuah SUPERCAR!

TIDAK! tidak tepat, Venom GT ini bukanlah Supercar tetapi HYPERCAR!. Nah, pening bukan? Saya tidak berani berkata saya adalah benar, tetapi berdasarkan pengetahuan saya, pembahagian kategori kereta ini adalah kira-kira seperti berikut (iaitu selain dari cara melalui kiraan harganya).  Bagi kereta biasa seperti yang banyak kita-kita guna, berkuasa rata-ratanya dibawah 200 kuasa kuda (hp). Bagi kategori Sportcar, lingkungan tenaga horsepowernya melebihi dari kereta biasa tetapi tidak sampai ke taraf supercar. Supercar pada kebiasaannya berkuasa melebihi 400/500hp sepertimana kereta yang popular seperti Ferrari, Lamborghini dan sebagainya.

BENAR! Hypercar kuasanya mengatasi 1000hp! Berapa besarkah tenaga tersebut? Nah, kita buat kiraan kasar seperti berikut; Kereta kegunaan harian anda ketempat kerja, lazimnya cuma bertenaga dibawah 130hp. Sekarang gandakan 10 kali kuasa enjin anda! ;) Mampukah anda mengawalnya? Cakap siapa pun bolehhhh! Haha. Justeru tidak hairanlah, banyak kita lihat supercar dan hypercar yang baru dibeli oleh seseorang yang kaya boleh kemalangan teruk walaupun tidak sampai 3 hari digunakan!

Oh ya. Siapa Hennessey? Errmm… agak janggal kedengaran, mereka adalah sebuah syarikat performance di Amerika, ya betul! Bukan Jerman, bukan Itali, Oh! sudah tentulah bukan Jepun. Hennessey Performance letaknya di Lonestar Motorsports Park kira-kira 45 minit perjalanan dari Houston Texas. American Tuner huh!???

Berikut adalah data dan spefikasi Venom GT dari Hennessey ini yang disasarkan ke pasaran pada 2011.

Enjin, Kuasa, Pacuan dan sebagainya:
Chevrolet LS V8
6.2 cc atau 6200 cc (sori! kancil korang adalah 0.65 cc atau 650cc hahaha… ) › Continue reading

Tags: , ,

VISI & MISI

Menyedari betapa kurangnya blog automotif dalam bahasa Malaysia dan juga kurangnya info-info teknikal berkaitan dunia permotoran dalam bahasa kebangsaan ini, maka dari itu tercetuslah idea mewujudkan blog ini. Blog ini bercita-cita sangat besar, mahu menjadi 'leading' dan numero uno di Malaysia bagi web informasi segala aspek dan berita terkini permotoran. Kami berharap dapat mengumpul segala pakar automotif disini!.

Cari

Statistik