RENAULT: mulakan imej baharu

Tuesday, July 6th, 2010 | Kereta, Konsep, Nissan, Renault | No Comments

Pada musim luruh ini di Paris Motor Show, Renault akan memberi pra-tonton hala tuju design baharu mereka. Untuk memudahkan kita membayangkan hala tuju ini secara fizikal, Renault telah membina satu kereta konsep iaitu Renault DeZir. Haja tuju baru ini membawa imej yang lebih ringkas, minimal dan organik.

Kereta Konsep ini dibina atas kerangka tiub besi dan dan litupi panel badan daripa bahan jenis kevlar. Jika anda mengamati galeri yang kepilkan, anda akan lihat kereta ini mempunyai mekanisma bukaan pintu yang tidak simetri, satu dibuka kehadapan, satu kebelakang. Ini merupakan sesuatu yang unik tentang kereta ini.

Renault DeZir ini akan bernadikan motor elektirk 110kilowatt yang akan memacu kenderaan ini melalui tayar belakang. Menurut Renault, motor elektrik ini berupaya memacu  kereta seberat 830kg ini, memecut dari 0-100km/j dalam masa 5 saat. Bekalan tenaga untuk menggerakkan motor elektrik DeZir ini diperolehi daripada bateri pek 24-kilowatt-jam seperti yang terdapat pada Nissan Leaf. Justeru itu, jarak pemanduan yang boleh dicapai dengan sekali bateri caj penuh juga adalah lebih kurang 161km. Cuma perbezaannya, bateri pack DeZir menggunakan teknologi penukaran Quick Drop, manakala Leaf- menggunakan plug-in caj semula.

Video dan galeri di dalam pos penuh

› Continue reading

Tags: , ,

Baru dari Modenas?

Monday, July 5th, 2010 | khabar angin, Konsep, Motorsikal | 6 Comments

Pengeluar motorsikal nasional Motorsikal Dan Enjin Nasional Snd Bhd (MODENAS) dijangkakan akan melancarkan model baru tidak lama lagi. Adakah model ini merupakan motorsikal jenis supermotard? Pada tahun 2006, modenas pernah mempamerkan sebuah motorsikal  konsep jenis supermotard, 220 SX. Tidak banyak yang maklumat yang kami perolehi tentang model yang akan dilancarkan Modenas ini, oleh itu hanya gambar Modenas 220 SX sahaja yang akan kami kepilkan bersama pos ini.

Tags: ,

Persona stationwagon 2011

Sunday, July 4th, 2010 | Kereta, khabar angin, Proton | 8 Comments

Saya mendengar ura-ura Proton akan menbina satu lagi variant untuk persona sebelum digantikan sepenuhnya kelak pada 2012. Pada hemat saya langkah ini adalah untuk memaksimakan keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan platform ini sebelum ditamatkan pengunaannya. Pada tahun 2004 Gen-2 diperkenalkan dengan bodystyle: hatchback, kemudian pada tahun 2007 persona: sedan. Maka variant yang mungkin diperkenalkan pada tahun 2011 ialah stationwagon/grand touring/estate.

Stationwagon bukanlah bodystyle yang digemari oleh rakyat Malaysia, tapi saya percaya masih ada pasaran bagi kereta jenis ini. Jika MPV dibina untuk mengusung lebih ramai penumpang, stationwagon adalah lebih menjurus kepada sesiapa yang inginkan ruangan lebih besar untuk mengusung barangan tetapi tidak mahu mengorbankan gaya( pada mata saya, stationwagon lebih bergaya daripada MPV,terpulang).

Ade sesetengah stationwagon yang mempunyai 7 tempat duduk, tetapi 2 tempat duduk di barisan terakhir tidak dikira sebagai tempat duduk yang sempurna, oleh itu selalunya ia dipanggil 5+2 seater. Jika Proton berhasrat menggunakan konfigurasi 5+2, saya berharap barisan terakhir boleh ditanggalkan untuk memberi konfigurasi yang lebih fleksibel. Saya tidak pasti samaada penggunaan kerusi lipat-leper(fold-flat) boleh memberi ruang yang cukup untuk dimanfaatkan.

Pada harga yang bersesuaian, Persona varian ini boleh mencuri sedikit pasaran Perodua Alza. Tidak banyak, sikit pun jadilah..

Tags: , ,

Proreka mempamerkan model skala di pameran SMECorps

Friday, July 2nd, 2010 | Kereta, Konsep, Lain-lain | No Comments

Terima kasih kepada Riderx kerana mengirimkan beberapa gambar model skala di booth Proreka di  Pameran SMECorps.

Kebanyakan daripada peminat-peminat industri automotif tempatan pasti mengenali Proreka, kerana ia merupakan pembekal komponen OEM untuk industri automotif  dan tersenarai sebagai vendor Tier-1 di Malaysia. Populariti Proreka mula bercambah apabila syarikat penala tempatan Race Rally Research(R3) telah menggunakan khidmat Proreka untuk mendesign bodykit untuk kereta-kereta talaan R3. Model-model Proton yang menerima sentuhan peragaan Proreka adalah Savvy Zerokit, Gen-2 dan Waja versi MME, dan hasil sentuhan peragaan yang terkini adalah Satria Neo R3, termasuklah Satria Neo R3 Lotus Racing. Sentuhan Proreka ini bukan sahaja terhad kepada imej luaran, kemasan dalaman juga turut dipertingkat dengan penggunaan material-material yang berkualiti tinggi.

Di Proreka, pelanggan akan dibantu dari segala aspek, termasuklah dari cetusan idea, engineering design, pembangunan  prototype, sehinggalah kepada pembangunan produk

Walaupun lebih terkenal dengan menglibatan dalam pengubahsuaian kereta-kereta tempatan, Proreka juga menjalankan urusniaga dengan gergasi automotif antarabangsa yang lain. Ini membuktikan Syarikat tempatan ini mampu bersaing dengan pengeluar OEM antarabangsa.

untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari http://www.proreka.com

p/s: anda boleh juga melihat lakaran kereta model skala ini di muka utama laman Proreka.

Tags: , , , ,

MOMOS MadAss 125

Saturday, June 26th, 2010 | Motorsikal | 6 Comments

MadAss 125 adalah sebuah jentera dua roda yang telah dibawa masuk oleh MOFAZ MOTOSIKAL Sdn Bhd (MOMOS) ke Malaysia pada Mac 2010. Namun model yang unik ini hanya terkenal dikalangan peminat motorsikal tempatan. Maka entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tengang motorsikal binaan Jerman ini dengan para pembaca

MadAss 125 binaan Sachs SFM GmbH ini boleh digolongkan dalam golongan naked bike, oleh kerana kerangka motorsikal ini tidak ditutupi oleh coverset. Selain kerangka terbuka, terdapat satu lagi keunikan pada kerangka ini, ia menggunakan teknologi fuel in frame (bahan bakar dalam kerangka), oleh sebab itu kerangka ini bukan sahaja memberi asas kepada motorsikal ni malah ia berfungsi sebagai tangki minyak 5.1liter. Teknologi ini memberi kelebihan pada penjimatan berat dan secara tidak langsung memberi penjimatan kepada penggunaan bahan bakar.Pada kadar penggunaan bahan petrol 35km per liter, MadAss menjanjikan penjimatan terbaik dalam kelasnya.

Pada harga kurang RM6,000 MadAss 125  adalah motorsikal yang bergaya, jimat dan sesuai digunakan untuk penggunaan harian , malah anda akan  lebih berdaya-tarik dengan motorsikal ini.  MadAss telah menjadi trend kepada penunggag-penunggang muda atau yang berjiwa muda di seluruh dunia. Adakah pola ini akan berterusan di Malaysia?

untuk spesifikasi lengkap sila baca brochure MOMOS MadAss berikut

› Continue reading

Tags: , , ,

Perodua di pameran SMEcorps 2010

Tuesday, June 22nd, 2010 | Kereta, Perodua | 9 Comments

Pada  2 Jun 2010, di pameran anjuran SMECorps di KLCC, Perodua telah mempamerkan sebuah clay model dan lakaran  hasil daripada latihan design untuk Viva akan datang. Halatuju design berlandaskan tema Dinamik Maskulin ini merupakan hasil kerja pereka tempatan yang berbakat. Selain clay model ini, terdapat juga paparan slideshow yang menunjukkan beberapa lagi lakaran dan rendering latihan design yang dilakukan oleh pereka-pereka perodua. Tujuan Perodua mengadakan latihan-latihan rekaan ini adalah untuk meransang kreativiti dan produktiviti pereka-pereka mereka. Ini adalah penting bagi memastikan pereka-pereka ini dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan segar. Berdasarkan tema-tema yang dipamerkan, kelihatan Perodua cuba membuangkan imej feminin bagi model-model akan datang termasuklah model pengganti Myvi yang khabarnya akan di lancarkan pada tahun hadapan.

Bagi Model pengganti Myvi, Perodua akan menggunakan platform Toyota Passo 2011, tetapi Perodua menyasarkan untuk membuat lebih banyak perubahan gaya kepada model asal agar perbezaan antara Myvi dan Passo akan lebih ketara. Dimaklumkan juga , kali ini Perodua akan menggunakan enjin 1.5-liter, yakni cc yang lebih besar berbanding Myvi semasa yang dilengkapi dengan enjin 1.3-liter. Mungkin ia adalah enjin 1.5-liter 3SZ-VE seperti yang menjana MPV Alza.

Di pameran ini juga Perodua ada mempamerkan sebuah Myvi Edisi Terhad berwarna merah jambu . Myvi Edisi Terhad ini mempunyai panel pintu bersalut fabrik merah jambu seakan merah sedondon dengan warna fabrik kerusi. terima kasih kepada riderx di atas sumbangan gambar. Untuk lebih banyak gambar sila baca sepenuhnya

› Continue reading

Tags: ,

Toyota FT-86 akan dinamakan FR-S

Monday, June 21st, 2010 | khabar angin, Toyota | 1 Comment

Baru-baru ini toyota telah mempatentkan nama FR-S untuk pasaran USA dan Kanada. Pada hemat kami, nama FR-S ini akan digunakan untuk model produksi FT-86, kerana FR-S kemungkinan besar membawa maksud Front-engined, Rear-wheel-drive Sports car. Memang padan jika kita bandingkan dengan ciri FT-86 ini yang mempunyai enjin dihadapan dan  pacuan tayar belakang. Selain itu, kami telah membuat andaian begitu kerana pola tata nama ini bukan kali pertama digunakan oleh Toyota. Toyota pernah menggunakan pola tata nama yang sama untuk menamakan model MR-S yang membawa maksud Mid-engined, Rear-wheel-drive Sports car.

FT-86 adalah sebuah kereta konsep yang telah dibina sebagai waris salah sebuah model terulung Toyota suatu ketika dahulu, Toyota Corolla AE-86, yang merupakan model yang amat popular dikalangan peminat sukan drift. FT-86 ini telah dibangunkan dengan kerjasama Subaru. Berdasarkan video dikeluarkan oleh pembangun game Gran Turismo 5, ia akan bernadikan enjin D4-S Boxer milik Subaru. Rekabentuknya pula banyak di ilhamkan dari kereta konsep Toyota FT-HS yang telah dipamerkan buat kali pertamanya pada tahun 2007.

Tags: , , ,

Selamat Hari Bapa

Sunday, June 20th, 2010 | Kereta | 2 Comments


Dulu, saya tidak berapa rapat dengan ayah kerana ayah kerja siang sehingga larut malam. Maka kami jarang bermesra, bahkan saya takut untuk berborak dengan ayah. Satu ditanya, satu patah saya jawab.

Memang sejak kecil kalau kami travel balik kampung atau kemana-mana, saya jarang tidur di dalam kereta. Saya lebih gemar melihat benda-benda disepanjang perjalanan. Perjalanan dari rumah ke kampung memakan masa 6 jam, dan di sepanjang perjaanan saya selalu bertanya soalan-soalan tentang benda-benda di tepi jalan . Waktu itu tidak ada highway PLUS, hanya jalan lama, maka macam-macam lah yang  ada ditepi jalan, macam-macam lah saya boleh tanya. Selalunya yang jawab, ibu saya.

Tapi bila saya sudah besar sikit, sudah ada highway PLUS. Sepanjang perjalanan sudah tidak ada benda menarik, cuma ada pokok getah, kelapa sawit ataupun hutan belantara. Jadi, saya pun tidak ada inspirasi untuk soal pasal apa. Lagipun bila sudah besar sikit, tidaklah nak soal soalan yang bodoh-bodoh. Ibu pun sekarang selalunya tertidur kalau dalam perjalanan. Adik-adik pun pasti tidur. Jadi tinggal saya dan ayah yang berjaga. Ayah bila dah berumur, stamina tidak macam dulu, cepat mengantuk. Bila dia mengantuk, saya  mula berborak dengannya. Mula-mula rasa janggal, tapi lama kelamaan menjadi perkara wajib jika berada didalam kereta. Semenjak itu kami menjadi lebih akrab.

Tapi sampai sekarang, kalau saya nak berbual serius, mesti hanya kalau berada dalam kereta, samada semasa menghantar dia pergi kerja, atau semasa menghantar kereta ke pusat servis. Kesan yang lebih mendalam ialah setiap kali saya memandu di highway PLUS sendirian saya pasti terbayang ayah. Bagi kami kereta lah menjadi medium penghubung antara seorang anak dan seorang bapa.

Sejujurnya dulu saya tidak pernah ingat bila Hari Bapa. Sehinggalah saya mula rapat dengan ayah, baru saya mula ambil tahu. Di Malaysia, Hari Bapa jatuh pada Ahad ketiga bagi bulan Jun setiap tahun. Pada tahun 2010 ini ia jatuh pada 20 Jun 2010 iaitu hari ini.

Selamat Hari Bapa daripada kami warga autorotik!

Exora MC1

Saturday, June 19th, 2010 | Kereta, Proton, spyshot | 4 Comments

Rasanya gambar spyshot ni dah lama, tapi saya nak kongsi juga. Exora varian ini digelar sebagai Exora MC1(minor change 1) berikutan terdapat beberapa perubahan telah dilakukan.

gambar sumber protonexora.com.my

Daripada spypics ini kita dapat lihat beberapa perubahan dari segi luaran. Walaupun tersebunyi disebalik pita hitam, anda boleh lihat ia dilengkapi dengan bodykit yang serupa dengan Exora Prime kecuali dibahagian belakang. Bumper lips belakang mempunyai design yang berbeza tetapi masih lagi cun. Lampu kabus diperkemas lagi dengan kehadiran kemasan chrome juga seperti yang terdapat pada Exora Prime. Airpress/wind visor turut disertakan.Pakej ini dilengkapkan dengan set rim 15″ berdesign baru .Elemen-elemen ini memberikan imej yang lebih mewah dan matang kepada Exora. Saya rasa bodykit ini padan dengan rekaan keseluruhan Exora, seimbang antara mewah dan sporty.

Menurut khabar angin, perubahan bukan hanya pada luaran sahaja. Kemasan dalaman telah diubah daripada warna kelabu kepada warna hitam, ini termasuk warna seat kulit. Material plastik juga telah diubah menjadi lebih tahan calar.

Malangnya enjin bukanlah Campro turbo seperti yang diharapkan, tetapi masih menggunakan Camrpo CPS 1.6. Sesiapa yang inginkan enjin yang lebih berkuasa tinggi, ini bukan variant yang anda cari. Walaupabagaimanapun variant ini sesuai untuk mereka yang inginkan Exora yang kelihatan sophistikated tanpa tanpa perlu menambah produk aftermarket.

Perubahan-perubahan ini datang bersama kos tambahan, maka harga varian Exora ini akan lebih mahal daripada varian sedia ada.

Tags: , ,

Era baru dalam perlumbaan virtual

Friday, June 18th, 2010 | Game, Umum | 4 Comments

Saya rasa hampir semua pembaca blog ini menggemari sukan lumba, tapi tak semua mampu melibatkan diri dalam bidang itu. Poket kena tebal, hati mesti kering, masa perlu selaut. Nasib baik zaman sekarang ade alternatif lain untuk melampiaskan ‘jiwa kelajuan’, terima kasih kepada Video Games. Baru-baru ini di Electronics Entertainment Expo(E3), Microsoft telah memperkenalkan satu peripheral baru untuk permain konsol XBOX 360 iaitu Kinect.

gambar dari MotorTrend

Dengan adanya Kinect, kita tidak lagi perlu menggunakan controller, hanya gunakan seluruh anggota badan anda untuk mengawal. Contohnya, dalam game Forza, kereta dipandu menggunakan stereng udara(air steering), dimana anda meletakkan tangan anda dihadapan seolah-olah memegang stereng kereta. Nak belok kenan, pusinglah ke kanan dan kiri jika mahu ke kiri. Lebih kurang macam pergerakan ketika guna Wiimote tapi tanpa Wiimote. Mungkin penukaran gear boleh dilakukan seperti gaya anda menukar gear seperti biasa juga. Samaada anda perlu berdiri atau duduk semasa bermain, itu saya tidak pasti. Tapi takkan la tak boleh duduk , dalam kereta sebenar pun kita duduk. haha

Bagaimana Kinect mengubah pengalaman perlumbaan virtual? Jika dulu apabila henda memotong, atau selekoh tajam, anda tidak boleh menjenguk apa yang dihalang oleh blindspot(selalunyer A-pillar), kini dengan Kinect ada boleh. Anda hanya perlu menjenguk seperti setika memandu kereta sebenar, Kinect akan membaca pergerakan anda dan mengubah kedudukan camera agar anda boleh melihat disebalik blindspot itu.

Selain itu, Forza telah mengadaptasi in-game showroom supaya boleh memaksimakan kelebihan Kinect. Kini in-game showroom akan lebih interaktif, seolah-olah anda berada di showroom sebenar. Anda boleh berjalan mengelilingi kereta itu, boleh tengok dengan lebih dekat, bahkan boleh tengok interiornya.

Sila ikuti video dari Youtube ini untuk mendapat gambaran yang lebih jelas bagaimana penggunaan teknologi ini

nota kaki: tak penat ke nak apungkan tangan ke depan lam-lama

Tags: , ,

VISI & MISI

Menyedari betapa kurangnya blog automotif dalam bahasa Malaysia dan juga kurangnya info-info teknikal berkaitan dunia permotoran dalam bahasa kebangsaan ini, maka dari itu tercetuslah idea mewujudkan blog ini. Blog ini bercita-cita sangat besar, mahu menjadi 'leading' dan numero uno di Malaysia bagi web informasi segala aspek dan berita terkini permotoran. Kami berharap dapat mengumpul segala pakar automotif disini!.

Cari

Statistik