Kereta

Lotus bukan untuk dijual, Exora Turbo dan Satria Neo Turbo

Saturday, September 25th, 2010 | Kereta, Lotus, Proton | 5 Comments

“Jika kita menjadikan Lotus untung dan terus mengekalkan ia di dalam kumpulan, kita akan mendapat keuntungan sebagai pemegang saham (shareholder)”. – Dato’ Sri Nadzmi Mohd Salleh.


*gambar diatas adalah pemenang Pergh My Ride oleh Chaku

Menjawab soalan wartawan tentang membuka tawaran pembelian saham di dalam Lotus pula, Datuk Syed Zainal Abidin menjawab, “Lotus bukan untuk dijual”. Beliau juga berkata, Lotus adalah aset yang amat bernilai bagi Proton. Sebagai pemilik total 100% bagi unit Lotus branding dan engineering, ia amat bermakna untuk mengukuhkan kedudukan pengeluar kereta itu.

› Continue reading

Tags: , , , , , ,

Supercar dari Lotus – Lotus Elite

Friday, September 24th, 2010 | Kereta, Konsep, Lotus | No Comments

“Lotus tidak boleh hidup sekadar jenama produk khusus” – CEO Lotus, Dany Bahar.
(“Lotus can’t survive as a niche brand.” Lotus CEO, Dany Bahar)

Itu kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Lotus yang baru dilantik beberapa bulan dulu. Orang yang berjaya menjadikan Ferrari lebih banyak dijual. Sejajar dengan wawasan Lotus yang mahu mengembangkan sayap ke arena supercar iaitu bersaing bersama Ferrari, Porsche, Lamborghini dan sebagainya.

Beberapa hari lalu (oh.. saya terlalu sibuk untuk mengudate blog ini), sebuah model konsep dari Lotus dinamakan Elite dikhabarkan akan dipamerkan di Paris Motor Show yan akan berlansung pada 2-17 Oktober 2010 ini. Berbagai-bagai reaksi dari Lotus fan dan Lotus fan wannabe :D jika diperhatikan di blog-blog auto terkemuka dunia, ada yang suka, ada yang tidak dan sebagainya.

Sedikit info tentang Lotus Elite dan lagi gambar :

› Continue reading

Tags: , , , , ,

Kereta Karan Budak Sekolah…300MPG :0

Thursday, September 16th, 2010 | Hybrid, Kereta | 1 Comment

Jangan tak percaya bang.Budak sekolah dah bole buat kereta elektrik 300MPG! Gila jimat petrol,boleh jadi kereta kegemaran penduduk Malaysia,terutama kaki merungut setiap kali minyak naik. (Rokok naik senyap pulak?) Budak-budak cerdik dari DeLaSalle Education Center, dengan bantuan pakar-pakar automotif Amerika telah bertungkus-lumus membina sebuah kereta elektrik yang boleh tahan lajunya dan mesra alam.

Mereka menggunakan chassis 2000 Lola Indy dan dijana oleh motor elektrik yang dibina khas untuk projek ini.

Cakap banyak tak guna,tengok saja ini video

Tags: , ,

Spyshots dan Impression Waja-Lancer 2010

Monday, August 2nd, 2010 | Kereta, Proton, spyshot | 8 Comments
kredit untuk Paultan.org

Foto spyshots yang diperoleh di laman blog Paultan.org ini, dikhabarkan merupakan model gantian Waja, sepertimana yang diwar-karkan kepada umum. Dan kali ini saya bawakan foto impression yang saya hasilkan melalui aplikasi Adobe Photoshop berdasarkan foto spyshots. Lampu hadapan, saya ambil dari model asal Lancer. Logo Proton & Wing dari model Exora, skirting dari model Persona Elegance. Bahagian belakang pula, skirting yang diubahsuai dari model Persona Elegance, lampu belakang LED (Lancer GT – made in Taiwan).

Mercedes CL63 AMG (2011)

Sunday, July 25th, 2010 | Kereta, Mercedes Benz | 2 Comments

Mercedes Benz CL63 AMG

Model coupe dari Mercedes CL63 AMG ini benar-benar menambat hati golongan muda elit, apabila tampil dengan ciri-ciri sporty dan elegan. Dengan sentuhan kepakaran dalam teknologi automotif, model ini lebih berprestasi dan efisien apabila ia dibekalkan enjin AMG V8 biturbo berkapasiti 5.5 liter yang baru. Enjin ini menghasilkan keluaran maksimum pada 563 kuasa kuda (dengan pakej prestasi AMG). Ia benar-benar mantap. Selain itu, enjin AMG V8 biturbo ini mempunyai crankcase yang diperbuat dari diecast alumunium beserta barisan silinder Silitec. Ini membuatkan jisim kereta lebih ringan. Manakala silinder Silitec pula berfungsi untuk memastikan 8 piston beroperasi pada kadar geseran yang rendah. Luaran CL63 AMG ini, pastinya cukup menggiurkan, ditambah pula hiasan dalaman yang bergaya dengan kemasan hitam dan putih.

Lain-lain teknologi pada model ini adalah:

  • Kombinasi turbocharging berkembar dengan suntikan bahanapi berterusan.
  • Penyejuk udara/air yang efisien.
  • Teknologi 4 injap dengan penyesuai camshaft bolehubah (variable camshaft adjustment).
  • Sistem ekzos sports berkembar AMG.
  • Teknologi pembebasan asap yang efisien dengan catalytic converter boxes baru.

Proton di Indonesia International Motor Show 2010

Sunday, July 25th, 2010 | Acara, Proton, Umum | 2 Comments
Kejutan Proton di IIMS2010

Bermula pada 23 Julai sehingga 1 Ogos 2010, Proton bakal membuat kejutan buat pengunjung Indonesia International Motor Show (IIMS) ke 18 yang berlangsung di Jakarta International Expo (JIExpo) Kemayoran, Jakarta. Di khabarkan, terdapat tiga kejutan dari Proton.

Salah satu kejutan tersebut adalah dengan memperkenalkan model konsep dengan teknologi EV (electric vehicle). Selain itu, Proton turut memperkenalkan beberapa model facelift seperti Persona Elegance, dan Gen.2. Model Saga juga turut dipamerkan, disamping menawarkan bodykit R3 beserta tempat duduk semileather bagi mereka yang menempah model Savvy pada pameran ini. Kejutan ketiga, tentunya model Exora, di mana Proton turut mempamerkan model Exora President. Pelbagai aktiviti turut disediakan di booth Proton, antaranya pertandingan merekabentuk grafik (virtual graffiti) pada model Proton.

Evo X Helang Lebuhraya Terbabas?

Monday, July 19th, 2010 | Kemalangan, Kereta, Mitsubishi, spyshot | 8 Comments

Sekeping gambar, seribu cerita, ini adalah salah 1 dari padanya. :D Hahahahaha…

Helang lebuhraya, atau kereta polis Mitsubishi Evolution X ini adalah untuk tujuan kejar mengejar kenderaan kuasa tinggi di lebuhraya. Evo X (atau Evo 10) yang popular itu bertenaga sekitar 300hp! dan AWD, bermaksud 4 tayarnya bekerja. Khabarnya juga, pemandu-pemandunya wajib mengikuti latihan khas untuk mengendalikannya. Itupun masih boleh terbabas didalam hujan? atau terbabas semasa mengejar apa-apa kot?.

Apa pendapat, cerita atau barangkali anggapan anda?

Gambar ini didapati dari internet tentunya, jika ada sesiapa yang tahu mana asal usulnya sila bagitahu untuk saya kreditkan.

Tags: , , , , , , ,

Mitsubishi Lancer EX

Monday, July 19th, 2010 | Kereta, Mitsubishi | No Comments

Mitsubishi Motors Malaysia beberapa hari lalu melancarkan model Lancer EX. Dua pilihan warna iaitu putih solid dan hitam mica (tiada merah?).

Model ini dipasarkan pada harga RM117,676 iaitu lebih murah dari lancer GT yang berharga RM120 ribu lebih. Beberapa perubahan dari luaran dan dalam dilakukan. Kini tiada lagi spoiler tinggi sebaliknya cuma spoiler leper dan rendah. Paddle shifter dikekalkan dengan gear 6 kelajuan INVECS-III CVT. Dikuasakan oleh enjin B11 berkapasiti 2.0 liter yang menghasilkan tenaga 153 kuasa kuda (hp) dan 199 kuasa tujahan (nm/torque) .

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh dapatkan info dan brochure di : http://www.mitsubishi-motors.com.my

p/s: Erm… nampaknya enjin project car saya mempunyai lebihan 17hp dari enjin kereta ini huhu.

Tags: ,

Automotif Dalam Seminggu Dua Ini

Monday, July 19th, 2010 | Bugatti, Formula 1, Kereta, Mercedes Benz, Proton, Rally | No Comments

Wow.. semua orang seakan sibuk sehingga tidak sempat mengupdate . Juga apabila terhenti susah untuk dimulakan semula. Jadi saya cuma mahu senarai ringkaskan apa-apa yang menarik berlaku lewat seminggu (dua) ini dalam snippets style.

1 – Team Rally Proton Satria S2000 menaiki podium buat pertama kali di Whangarei – New Zealand.

Keputusan perlumbaan lambat dikeluarkan kerana ada kesilapan teknikal khabarnya. Ketika podium stand ceremony, pasukan Satria Neo S2000 diletakkan sebagai pemenang ke 3, sedangkan sebenarnya mereka adalah di tempat kedua. Apa-apa pun tahniah untuk Alister McRae dan Bill Hayes. Baca lagi di S2000 team FB , dan blog mereka. Akan datang mereka akan beraksi di Rally Queensland Australia .

2. Formula One, Nico Rosberg – Mercedes Petronas naik podium juga di F1 Grand Prix British.


Bagus untuk semangat keMalaysiaan, pasukan ada nama Petronas Malaysia juga naik. Walaupun tempat ke 3, sekurang-kurangnya ia adalah 1 pencapaian yang bagus. Mark Webber menduduki podium 1 adalah terlalu pantas untuk dikejar, begitu juga dengan Lewis Hamilton di podium 2.  Air Asia pula meletakkan logo namanya di ‘rear spoiler’ bagi pasukan Lotus F1 Team – dan ya British adalah ‘homeground’ lotus yang kita kongsi bersama. Akan datang pula ialah ‘homeground’  kongsian kita untuk pasukan Mercedes GP pula iaitu di litar Hockenheim Germany! (errr dan jangan lupa Nico Rosberg dan Michael Schumacher juga adalah orang Jerman ;) )

3 -  Bugatti Veyron 16.4 Super Sport adalah kereta terpantas di dunia (setakat ini)

Kebanyakkan kita, biasanya memandu tidak lebih dari 110kmh. Jika lebih dari itu pula adalah sekitar 150kmh, itupun kerana kebanyakkan kereta mereka cuma mampu setakat itu. :D .  Walaupun hadlaju lebuhraya adalah 110kmh, ramai juga yang memecut dari 180 – 220kmh! Memecut atas kelajuan 200kmh memerlukan kereta yang stabil dan keberanian, silap dalam 1 saat akibatnya amatlah besar. Dan juga bergantunglah kereta anda mampu atau tidak pastinya. Jadi.. berapakah lajunya Bugatti Veyron SS ini? Nah.. ambik nih :

267.81 mph! iaitu kira-kira 428.50kmh!

Berikut adalah berita2 lain :
- Minyak naik lagi bersama gula dan rakan-rakan sewaktu dengannya. Naik? biasa!
- Exora Minor MC1 sudah dilancarkan
- dan sebagainya

Okeh!.. itu saja post terpilih yang lewat. Harap selepas ini kembali ke normal.

Tags: , , , , , , , , , ,

Proton Emas Di Malaysia

Sunday, July 11th, 2010 | Kereta, Konsep, Proton | 3 Comments

Sempena majlis pelancaran model edisi ulangtahun Proton ke-25, Proton buat pertama kali menampilkan model konsep hibridnya di Malaysia, EMAS atau nama penuhnya Eco Mobility Advance Solution. Di mana, sebelum ini ia juga turut dipamerkan di Geneva Autoshow. Apa yang menarik perhatian pada model yang ditampilkan kali ini, adalah sedikit berlainan berbanding yang dipamerkan di Geneva.

Model EMAS yang dipertontonkan di majlis ini, tampak lebih bergaya dan mempunyai ciri-ciri sporty. Di mana, ia diberi sentuhan bertemakan warna biru, terutama pada bahagian badan dan tempat duduk. Jika diperhatikan pada foto-foto ini, model ini telah diubahsuai kepada pemanduan sebelah kanan (right hand drive) berbanding model di Geneva, pemanduannya di sebelah kiri (left hand drive).

Bukan sahaja warna biru yang menonjolkan imej sporty, malah sentuhan pada sportrim-nya juga menjadikan ia lebih bergaya. Senang kata, bila lihat saja EMAS ini, boleh ‘jatuh cinta pandang pertama’ (hehe~ bergurau pula). Rata-rata pendapat mengatakan, model ini benar-benar membuat sesiapa sahaja berminat untuk memilikinya.

Apa pendapat anda tentang EMAS biru yang ditampilkan kali ni..?? Dan apa yang anda harapkan pada model ni..??

Tags: , , , ,

VISI & MISI

Menyedari betapa kurangnya blog automotif dalam bahasa Malaysia dan juga kurangnya info-info teknikal berkaitan dunia permotoran dalam bahasa kebangsaan ini, maka dari itu tercetuslah idea mewujudkan blog ini. Blog ini bercita-cita sangat besar, mahu menjadi 'leading' dan numero uno di Malaysia bagi web informasi segala aspek dan berita terkini permotoran. Kami berharap dapat mengumpul segala pakar automotif disini!.

Cari

Statistik