Honda

Honda Accord Sedan & Coupe 2011

Sunday, June 27th, 2010 | Honda, Kereta | 2 Comments

Honda Accord generasi terkini bakal berada dipasaran automotif sekitar pertengahan Ogos 2010. Didatangkan dengan 2 versi, iaitu sedan dan coupe. Sentuhan rekabentuk luaran dan dalaman yang elegen dan terkini, menjadikan ia sebuah kereta yang bergaya, berprestasi tinggi, cekap dan mempunyai nilainya tersendiri. Model ini telah mengalami beberapa penambaikan dari segi rekabentuk dan aerodinamik, geseran pada enjin dan nisbah penghantaran gearnya mampu menyumbang kepada penggunaan bahan api yang ekonomi dan lebih efisien.

Tidak lengkap sebuah kereta bergaya tanpa enjin yang berprestasi tinggi. Honda Accord ini didatangkan dengan beberapa varian dengan padanan enjin tersendiri. Enjin tersebut adalah:

  • Enjin berkapasiti 2.4 liter, 16 injap DOHC i-VTEC dengan 4 silinder yang dipadankan bagi model Honda Accord EX dan EX-L sedan, Honda Accord LX-S, EX dan EX-L coupe; yang mampu menjana 190 kuasa kuda.
  • Enjin berkapasiti 2.4 liter, 16 injap DOHC i-VTEC dengan 4 silinder yang dipadankan bagi model Honda Accord LX, LX-P dan SE sedan; yang mampu menjana 177 kuasa kuda.
  • Enjin V6 berkapasiti 3.5 liter, 24 injap SOHC i-VTEC dengan teknologi Variable Cylinder Management ™ (VCM®); yang mampu menghasilkan 271 kuasa kuda.
  • Enjin V6 VTEC yang unik berkapasiti 3.5 liter tanpa VCM ®; didatangkan khas bagi model Honda Accord EX-L V6 (Coupe).

Honda Accord (standard) dibekalkan transmisi manual dan automatik 5 kelajuan bagi model 4 silinder. Manakala model V6 (standard) bertransmisi automatik 5 kelajuan, dan transmisi manual 6 kelajuan yang disediakan secara eksklusif pada model Honda Accord EX-L V6 Coupe. Dari segi keselamatan, model ini telah diberikan teknologi ACE® yang mampu meningkatkan perlindungan kepada penumpang di bahagian hadapan, di mana ia dapat mengalihkan tenaga (impak) lebih merata ke seluruhan bahagian hadapan, seterusnya mengawal tenaga tersebut dan membantu mengurangkan impak yang bergerak ke ruangan penumpang.

Pengendalian dan pemanduan lebih meyakinkan dengan sentuhan double-wishbone (bahagian hadapan) dan suspensi multi-link (bahagian belakang). Model ini juga dipadankan dengan steel wheel dengan penutup (wheel covers) bersaiz 16 inci, atau alloy wheel bersaiz 16 atau 17 inci bergantung pada model. Bukan itu sahaja, model Accord ini juga selain dipadankan dengan ruangan dalaman yang elegen, ia turut dibekalkan system navigasi tersendiri, Honda Satellite-Linked Navigation System (tersedia pada Accord EX-L) yang dipaparkan pada skrin 8 inci. Selain itu, Bluetooth ® HandsFreeLink ® turut disertakan sebagai kelengkapan standard yang berfungsi untuk menyambung secara tanpa wayar (wireless) dengan telefon bimbit.

Sistem audionya dengan enam speaker dengan kuasa 160 watt (juga terdapat sistem audio dengan kuasa 270 watt berserta 7 speaker termasuk subwoofer 8 inci), XM Radio®, Sistem Data Radio (RDS), pemain CD yang mampu memainkan format audio MP3 dan WMA, serta kawalan audio pada stereng. (Sistem audio adalah berlainan mengikut model kereta).

Galeri Honda Accord 2011:

VISI & MISI

Menyedari betapa kurangnya blog automotif dalam bahasa Malaysia dan juga kurangnya info-info teknikal berkaitan dunia permotoran dalam bahasa kebangsaan ini, maka dari itu tercetuslah idea mewujudkan blog ini. Blog ini bercita-cita sangat besar, mahu menjadi 'leading' dan numero uno di Malaysia bagi web informasi segala aspek dan berita terkini permotoran. Kami berharap dapat mengumpul segala pakar automotif disini!.

Cari

Statistik