Kereta

Exora, Persona Dan Saga Limited Edition – Ulangtahun Proton ke 25

Saturday, July 10th, 2010 | Kereta, Proton | 16 Comments

Sempena ulangtahun proton ke 25, mereka melancarkan edisi terhad model Exora, Saga dan Persona. Ketiga-tiga model berwarna putih mutiara (Pearl White) dengan kemasan hitam di bumper depan, bumbung dan bonet belakang. Bahagian dalaman juga turut mengalami sedikit sebanyak ubahan. Perlu diketahui, ianya benar-benar terhad 25 buah bagi setiap model untuk seluruh Malaysia.

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang turut dihadiri Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah. Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah, Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi dan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal.

Model Edisi Ulangtahun Proton ke-25 ini hanya dikeluarkan sebanyak 25 unit bagi setiap model, di mana model Saga dijual dengan harga RM54, 500, diikuti dengan Persona (RM69, 500) dan Exora (RM91, 998). Dibuka untuk tempahan bermula 12 Julai ini. Selain itu, sebanyak 25 pertubuhan amal menerima sumbangan daripada Proton berjumlah RM25, 000 bagi setiap pertubuhan, manakala dua pelanggan bertuah memperoleh wang tunai berjumlah RM25, 000 menerusi pertandingan ‘Saga Snap & Win’. Di majlis ini juga Datuk Seri Najib Tun Razak turut memperkenalkan kereta konsep hibrid mesra alam, Proton Emas.

Beberapa info ringkas mengenai model Edisi Ulangtahun Proton ke-25:

Proton Saga:

Model Saga Edisi Ulangtahun Proton ke-25 ini, diberi beberapa sentuhan eksklusif di mana ia dicat dengan warna Pearl White dan warna hitam di bahagian bumbung dan bahagian bonet (ruang bagasi). Selain itu, ia dipadankan dengan rim aloi 14″ rekabentuk baru dan jalur sisi bercorak harimau. Model ini nampak lebih eksklusif apabila hiasan dalamannya dilengkapi tempat duduk kulit dengan warna coklat dan jingga serta di bahagian door trim. Ini simbolik dengan warna harimau. Sentuhan grafik baru pada meter combi dan paparan LCD dengan cahaya lampu biru pada head unit model ini menyerlahkan lagi identiti dan ciri-ciri khas yang tiada pada model Saga sedia ada.

› Continue reading

Tags: , , , , , , , , ,

Perodua Myvi Limited Edition 2010

Thursday, July 8th, 2010 | Kereta, Perodua | 15 Comments
Perodua sekali lagi memperkenalkan dan melancarkan Myvi terkini yang diberi sentuhan eksklusif dan dipasarkan sebagai model Edisi Terhad (Limited Edition) pada 7 Julai 2010. Dengan menambah beberapa ciri “Edisi Terhad”, model ini bakal menarik perhatian golongan muda. Didatangkan dengan 3 pilihan warna, Dazzling Red, Ivory White dan Ebony Black.
Ciri-ciri “Edisi Terhad” pada model ini adalah, acuan sisi pintu (side door moulding) yang eksklusif, lampu LED lebih jelas (seperti model SE), beg udara berkembar (pemandu dan penumpang hadapan), cermin vanity (yang juga terdapat pada bahagian pemandu), pemain CD beserta UBS dan Bluetooth, tombol pintu kemasan chrome (dalam), carpet mats yang eksklusif, hiasan dalaman lebih bergaya dengan “Limited Edition” emblem, serta sentuhan kemasan dekoratif kubik pada centre cluster dan door armrests.

Hiasan dalaman baru dan bergaya.
Perodua Myvi Edisi Terhad ini dibekalkan dengan enjin DVVT DOHC berkapasiti 1.3 liter, dengan sistem bahanapi EFI. Selain itu, ciri-ciri keselamatan juga dititikberatkan di mana model ini dibekalkan dengan beg udara berkembar dengan alat anti kecurian (anti theft device). Perodua mensasarkan 1000 unit Myvi LE ini dalam masa sebulan.

Bebelan lain: Adakah model ini benar2 terhad? Terhad dari segi features-nya atau jumlah keluarannya..???

RENAULT: mulakan imej baharu

Tuesday, July 6th, 2010 | Kereta, Konsep, Nissan, Renault | No Comments

Pada musim luruh ini di Paris Motor Show, Renault akan memberi pra-tonton hala tuju design baharu mereka. Untuk memudahkan kita membayangkan hala tuju ini secara fizikal, Renault telah membina satu kereta konsep iaitu Renault DeZir. Haja tuju baru ini membawa imej yang lebih ringkas, minimal dan organik.

Kereta Konsep ini dibina atas kerangka tiub besi dan dan litupi panel badan daripa bahan jenis kevlar. Jika anda mengamati galeri yang kepilkan, anda akan lihat kereta ini mempunyai mekanisma bukaan pintu yang tidak simetri, satu dibuka kehadapan, satu kebelakang. Ini merupakan sesuatu yang unik tentang kereta ini.

Renault DeZir ini akan bernadikan motor elektirk 110kilowatt yang akan memacu kenderaan ini melalui tayar belakang. Menurut Renault, motor elektrik ini berupaya memacu  kereta seberat 830kg ini, memecut dari 0-100km/j dalam masa 5 saat. Bekalan tenaga untuk menggerakkan motor elektrik DeZir ini diperolehi daripada bateri pek 24-kilowatt-jam seperti yang terdapat pada Nissan Leaf. Justeru itu, jarak pemanduan yang boleh dicapai dengan sekali bateri caj penuh juga adalah lebih kurang 161km. Cuma perbezaannya, bateri pack DeZir menggunakan teknologi penukaran Quick Drop, manakala Leaf- menggunakan plug-in caj semula.

Video dan galeri di dalam pos penuh

› Continue reading

Tags: , ,

1 Malaysia FXOpen Drift Series 2010

Monday, July 5th, 2010 | Acara, Drift, Kereta, Umum | 6 Comments

Saya baru sahaja menonton rancangan diskusi dan temubual pagi di TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) edisi 5 Julai 2010 (Isnin). Temubual yang memperkatakan tentang satu lagi siri perlumbaan drift di Malaysia, ’1 Malaysia FXOpen Drift Series 2010′ yang bakal menemui anda di Melaka International Motorsports Circuit (MIMC) pada 9 – 10 Julai 2010.


*klik untuk lihat poster penuh

Dikhabarkan, siri ini telah diperkenalkan dan berlangsung pada 22 Mac 2010, dan bakal memanaskan MIMC Julai ini. Siri perlumbaan drift ini, ditaja dan disokong oleh pelbagai pihak. FXOpen merupakan penaja utamanya, disusuli DiGi sebagai Official Partner, Melaka International Motorsports Circuit (MIMC) sebagai Official Venue, Hypertune (Official Magazine), Pro Tuners (Exclusive Magazine), Cari.com.my (Exclusive Online Media) dan Torco (Exclusive Racing Oils).

Untuk maklumat lanjut, klik pada pautan di bawah:

Tags: , , ,

Persona stationwagon 2011

Sunday, July 4th, 2010 | Kereta, khabar angin, Proton | 8 Comments

Saya mendengar ura-ura Proton akan menbina satu lagi variant untuk persona sebelum digantikan sepenuhnya kelak pada 2012. Pada hemat saya langkah ini adalah untuk memaksimakan keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan platform ini sebelum ditamatkan pengunaannya. Pada tahun 2004 Gen-2 diperkenalkan dengan bodystyle: hatchback, kemudian pada tahun 2007 persona: sedan. Maka variant yang mungkin diperkenalkan pada tahun 2011 ialah stationwagon/grand touring/estate.

Stationwagon bukanlah bodystyle yang digemari oleh rakyat Malaysia, tapi saya percaya masih ada pasaran bagi kereta jenis ini. Jika MPV dibina untuk mengusung lebih ramai penumpang, stationwagon adalah lebih menjurus kepada sesiapa yang inginkan ruangan lebih besar untuk mengusung barangan tetapi tidak mahu mengorbankan gaya( pada mata saya, stationwagon lebih bergaya daripada MPV,terpulang).

Ade sesetengah stationwagon yang mempunyai 7 tempat duduk, tetapi 2 tempat duduk di barisan terakhir tidak dikira sebagai tempat duduk yang sempurna, oleh itu selalunya ia dipanggil 5+2 seater. Jika Proton berhasrat menggunakan konfigurasi 5+2, saya berharap barisan terakhir boleh ditanggalkan untuk memberi konfigurasi yang lebih fleksibel. Saya tidak pasti samaada penggunaan kerusi lipat-leper(fold-flat) boleh memberi ruang yang cukup untuk dimanfaatkan.

Pada harga yang bersesuaian, Persona varian ini boleh mencuri sedikit pasaran Perodua Alza. Tidak banyak, sikit pun jadilah..

Tags: , ,

CL-Class – Coupe terbaru 2011 dari Mercedes Benz

Saturday, July 3rd, 2010 | Kereta, Mercedes Benz | No Comments

Bergaya, design yang menarik mata, eksklusif dan teknologi terkini. Itulah dakwaan Mercedes kepada coupe terbaru dari mereka iaitu CL-Class untuk tahun 2011.

Ditenagai dengan enjin V8 biturbo (dua turbo) menjana 429 kuasa kuda dengan penjimatan 10-15% penggunaan bahan api. Errrrr… tak pasti la sejimat mana sebab 8 selinder adalah sekali ganda dari kereta biasa guna (4 selinder) hahaha. Selain itu juga ada peningkatan dalam 23% pelepasan karbo dioksida.

Kereta ini dikategorikan sebagai coupe mewah dengan pelbagai teknolgi terkini yang diperbaiki juga tambahan teknologi-teknologi baru yang terlalu sukar nak dijelaskan secara teknikalnya. Antaranya pengawalan penggunaan tenaga lebih efisyen bagi direct injection sistem bahan apinya, alternator, fuel pump, aircond compressor, dan power stering.

Juga kawalan aktif badan kereta (aduh, janggal betul guna BM) – Active Body Control System dan banyak lagi. Selain itu dilengkapi dengan alatan yang berkaitian dengan multimedia teknologi terutama yang berkaitan dengan infotaiment.

Tags: , , ,

Proreka mempamerkan model skala di pameran SMECorps

Friday, July 2nd, 2010 | Kereta, Konsep, Lain-lain | No Comments

Terima kasih kepada Riderx kerana mengirimkan beberapa gambar model skala di booth Proreka di  Pameran SMECorps.

Kebanyakan daripada peminat-peminat industri automotif tempatan pasti mengenali Proreka, kerana ia merupakan pembekal komponen OEM untuk industri automotif  dan tersenarai sebagai vendor Tier-1 di Malaysia. Populariti Proreka mula bercambah apabila syarikat penala tempatan Race Rally Research(R3) telah menggunakan khidmat Proreka untuk mendesign bodykit untuk kereta-kereta talaan R3. Model-model Proton yang menerima sentuhan peragaan Proreka adalah Savvy Zerokit, Gen-2 dan Waja versi MME, dan hasil sentuhan peragaan yang terkini adalah Satria Neo R3, termasuklah Satria Neo R3 Lotus Racing. Sentuhan Proreka ini bukan sahaja terhad kepada imej luaran, kemasan dalaman juga turut dipertingkat dengan penggunaan material-material yang berkualiti tinggi.

Di Proreka, pelanggan akan dibantu dari segala aspek, termasuklah dari cetusan idea, engineering design, pembangunan  prototype, sehinggalah kepada pembangunan produk

Walaupun lebih terkenal dengan menglibatan dalam pengubahsuaian kereta-kereta tempatan, Proreka juga menjalankan urusniaga dengan gergasi automotif antarabangsa yang lain. Ini membuktikan Syarikat tempatan ini mampu bersaing dengan pengeluar OEM antarabangsa.

untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari http://www.proreka.com

p/s: anda boleh juga melihat lakaran kereta model skala ini di muka utama laman Proreka.

Tags: , , , ,

BMW X9 – Khalfi Oussama bukan Osama Ben Laden

Friday, July 2nd, 2010 | BMW, khabar angin, Konsep | 2 Comments

Tiba-tiba keluar cerita BMW mengeluarkan BMW X9. Biar betul. X6 baru jer nampak menjalar di jalanraya, takkan dah nak buat X9 dah.

Dah beberapa kali tengok X6 di jalanraya Malaysia, kereta ini kelihatan pelik, tetapi pada aku, aku suka, ia istimewa dan unik. Bayangkan kereta berbentuk seakan Gen-2 (seperti di dakwa ramai), tetapi saiznya hampir sebesar sebuah Mitsubishi Pajero. Hensem! Tapi pikir-pikir balik selepas X6, sepatutnya ada X7 X8 baru lah X9 bukan?

Sebenarnya, ia adalah tidak lain dan tidak bukan hasil kerja 3D dari Khalfi Oussama (bukan Osama Ben Laden) iaitu seorang remaja berusia 18 tahun dari negara Tunisia. Hasil kerjanya ini di war-warkan oleh kebanyakkan blog permotoran diserata dunia termasuklah blog TopGear. Mengapa local talent kita tidak mahu mencuba sesuatu seperti ini?

Khalfi oussama design
every one has a big dream , and my big dream is to see my design works on real

Resume
hi ,my name is khalfi oussama , i’m 18 years old and i am a tunisian .since i was young i have a talent ,my talent is the love of creation and designing ,
when i see a car or a house or even a pen ,i start thinking about finding a new design of it more stylish and concept ,from the age of 7 until now , i have worked many and many projects on paper ,using the paw shape ,3D modeling and i started step by step devolopping my skills without taking any lessons in designing , i became a good designer in every thing specialy cars , in my opinion ,to be designer you need to have i big imagination,the desier and the most important think is to learn from your mistakes.
in the future , i want to be a car designer and i need some help because i’m not rich in money but rich in mind.

More here : Khalfi Oussama @ Coroflot

Bagus, lihatkan passion dan semangatnya, tidak sama lansung dengan kebanyakkan semangat student negara kita yang mengambil PTPTN di Malaysia. :D Aku berani bet ramai PTPTN loaner lebih suka menghabiskan duit dengan membeli henset baru, pakaian branded, ‘merendek’ atau bercouple sana sini daripada memantapkan skill hasil kerja! Bawak-bawak sedar diri korang tu sikit. ;)

Lagi gambarnya-gambarnya selepas ini. › Continue reading

Tags: , , ,

Proton – Lotus mahukan Bob Lutz dan Tom Purves?

Thursday, July 1st, 2010 | Kereta, khabar angin, Lotus, Proton | 4 Comments

Khabar angin terbaru mengatakan, ‘Maximum’ Bob Lutz (ex-GM) dan Tom Purves (ex-BMW) untuk menjadi penasihat. Ini adalah berikutan perancangan Proton untuk Lotus untuk menjadi pemain industri yang lebih berdaya saing juga pembangunan model-model baru ‘supercar’ terutama di rantau ‘continental’, Amerika khususnya.

Kepakaran mereka-mereka ini dan juga pengetahuan mereka dalam bidang-bidang permotoran di sana tentulah lebih pakar dari ‘orang-orang macam pakar’ di Malaysia tentunya. Bob Impak Maksima eh.. Maximum Bob ini kalau sesiapa yang rajin membaca, tentunya tahu dia adalah orang yang punyai pelbagai latar belakang dunia automotif eropah. Berpengalaman di beberapa syarikat permotoran seperti General Motor, di Ford Motor sebagai timbalan presiden, juga timbalan presiden eksekutif pemasaran di BMW untuk beberapa tahun dan banyak lagi.

Antara yang ada kaitan dengannya adalah seperti… Ford Sierra, BMW 3 Series, Pontiac GTO atau nama-nama terkini seperti Cadillac CTS, Chevrolet Volt, dan yang paling popular… Chevrolet ‘BumbleBee’ Camaro!

Tom Purves pula adalah ‘the man who runs BMW of North America’, hermm… aku tak tahu dan tak kaji lagi pasal beliau…

sumber : Autonews

Tags: , , ,

Satria Neo S2000 masih beraksi, begitulah

Wednesday, June 30th, 2010 | Kereta, Proton, Rally | No Comments

Late update, sangat sibuk dengan urusan dunia yang benar-benar penting. Update ini juga sekadar melengkap cerita buat masa ini.

Hari-hari terakhir di Rally Ypress, Belgium nyata mengecewakan buat kita dan tentunya team Satria Neo S2000 sendiri apabila ketiga-tiga buah keretanya gagal menamatkan perlumbaan.  Ini adalah berikutan kegagalan enjin dan gagal diselesaikan menjadikan mereka gagal meneruskan rally.

Freddy Loix yang memandu Skoda Fabia S2000 menang di gelanggang sendiri. :D , manakala Kris Meeke yang lebih popular itu juga kemalangan membuatkannya gagal menamatkan perlumbaan juga.

Perjalanan dan perjuangan Proton di arena rally masih jauh, apa-apapun diharapkan ia tidak terlalu lambat. Kerana Malaysian sifatnya sangat tidak sabar untuk melihatkan keputusan dan cuma tahu mahu menang saja. Hahaha.

Rally akan datang ialah Rally Whangarei – New Zealand. Kita tunggu dan lihat!. Good luck Satria Neo S2000!

*Kredit gambar dan cerita dari Facebook rasmi Proton Satria Neo S2000.

Tags: , , , , , ,

VISI & MISI

Menyedari betapa kurangnya blog automotif dalam bahasa Malaysia dan juga kurangnya info-info teknikal berkaitan dunia permotoran dalam bahasa kebangsaan ini, maka dari itu tercetuslah idea mewujudkan blog ini. Blog ini bercita-cita sangat besar, mahu menjadi 'leading' dan numero uno di Malaysia bagi web informasi segala aspek dan berita terkini permotoran. Kami berharap dapat mengumpul segala pakar automotif disini!.

Cari

Statistik