Proton
Lotus bukan untuk dijual, Exora Turbo dan Satria Neo Turbo
“Jika kita menjadikan Lotus untung dan terus mengekalkan ia di dalam kumpulan, kita akan mendapat keuntungan sebagai pemegang saham (shareholder)”. – Dato’ Sri Nadzmi Mohd Salleh.

*gambar diatas adalah pemenang Pergh My Ride oleh Chaku
Menjawab soalan wartawan tentang membuka tawaran pembelian saham di dalam Lotus pula, Datuk Syed Zainal Abidin menjawab, “Lotus bukan untuk dijual”. Beliau juga berkata, Lotus adalah aset yang amat bernilai bagi Proton. Sebagai pemilik total 100% bagi unit Lotus branding dan engineering, ia amat bermakna untuk mengukuhkan kedudukan pengeluar kereta itu.
Spyshots dan Impression Waja-Lancer 2010



.jpg)
Proton di Indonesia International Motor Show 2010


Automotif Dalam Seminggu Dua Ini
Wow.. semua orang seakan sibuk sehingga tidak sempat mengupdate . Juga apabila terhenti susah untuk dimulakan semula. Jadi saya cuma mahu senarai ringkaskan apa-apa yang menarik berlaku lewat seminggu (dua) ini dalam snippets style.
1 – Team Rally Proton Satria S2000 menaiki podium buat pertama kali di Whangarei – New Zealand.

Keputusan perlumbaan lambat dikeluarkan kerana ada kesilapan teknikal khabarnya. Ketika podium stand ceremony, pasukan Satria Neo S2000 diletakkan sebagai pemenang ke 3, sedangkan sebenarnya mereka adalah di tempat kedua. Apa-apa pun tahniah untuk Alister McRae dan Bill Hayes. Baca lagi di S2000 team FB , dan blog mereka. Akan datang mereka akan beraksi di Rally Queensland Australia .
2. Formula One, Nico Rosberg – Mercedes Petronas naik podium juga di F1 Grand Prix British.

Bagus untuk semangat keMalaysiaan, pasukan ada nama Petronas Malaysia juga naik. Walaupun tempat ke 3, sekurang-kurangnya ia adalah 1 pencapaian yang bagus. Mark Webber menduduki podium 1 adalah terlalu pantas untuk dikejar, begitu juga dengan Lewis Hamilton di podium 2. Air Asia pula meletakkan logo namanya di ‘rear spoiler’ bagi pasukan Lotus F1 Team – dan ya British adalah ‘homeground’ lotus yang kita kongsi bersama. Akan datang pula ialah ‘homeground’ kongsian kita untuk pasukan Mercedes GP pula iaitu di litar Hockenheim Germany! (errr dan jangan lupa Nico Rosberg dan Michael Schumacher juga adalah orang Jerman
)
3 - Bugatti Veyron 16.4 Super Sport adalah kereta terpantas di dunia (setakat ini)

Kebanyakkan kita, biasanya memandu tidak lebih dari 110kmh. Jika lebih dari itu pula adalah sekitar 150kmh, itupun kerana kebanyakkan kereta mereka cuma mampu setakat itu.
. Walaupun hadlaju lebuhraya adalah 110kmh, ramai juga yang memecut dari 180 – 220kmh! Memecut atas kelajuan 200kmh memerlukan kereta yang stabil dan keberanian, silap dalam 1 saat akibatnya amatlah besar. Dan juga bergantunglah kereta anda mampu atau tidak pastinya. Jadi.. berapakah lajunya Bugatti Veyron SS ini? Nah.. ambik nih :
267.81 mph! iaitu kira-kira 428.50kmh!
Berikut adalah berita2 lain :
- Minyak naik lagi bersama gula dan rakan-rakan sewaktu dengannya. Naik? biasa!
- Exora Minor MC1 sudah dilancarkan
- dan sebagainya
Okeh!.. itu saja post terpilih yang lewat. Harap selepas ini kembali ke normal.
Proton Emas Di Malaysia
Sempena majlis pelancaran model edisi ulangtahun Proton ke-25, Proton buat pertama kali menampilkan model konsep hibridnya di Malaysia, EMAS atau nama penuhnya Eco Mobility Advance Solution. Di mana, sebelum ini ia juga turut dipamerkan di Geneva Autoshow. Apa yang menarik perhatian pada model yang ditampilkan kali ini, adalah sedikit berlainan berbanding yang dipamerkan di Geneva.
Model EMAS yang dipertontonkan di majlis ini, tampak lebih bergaya dan mempunyai ciri-ciri sporty. Di mana, ia diberi sentuhan bertemakan warna biru, terutama pada bahagian badan dan tempat duduk. Jika diperhatikan pada foto-foto ini, model ini telah diubahsuai kepada pemanduan sebelah kanan (right hand drive) berbanding model di Geneva, pemanduannya di sebelah kiri (left hand drive).
Bukan sahaja warna biru yang menonjolkan imej sporty, malah sentuhan pada sportrim-nya juga menjadikan ia lebih bergaya. Senang kata, bila lihat saja EMAS ini, boleh ‘jatuh cinta pandang pertama’ (hehe~ bergurau pula). Rata-rata pendapat mengatakan, model ini benar-benar membuat sesiapa sahaja berminat untuk memilikinya.
Apa pendapat anda tentang EMAS biru yang ditampilkan kali ni..?? Dan apa yang anda harapkan pada model ni..??
Exora, Persona Dan Saga Limited Edition – Ulangtahun Proton ke 25
Sempena ulangtahun proton ke 25, mereka melancarkan edisi terhad model Exora, Saga dan Persona. Ketiga-tiga model berwarna putih mutiara (Pearl White) dengan kemasan hitam di bumper depan, bumbung dan bonet belakang. Bahagian dalaman juga turut mengalami sedikit sebanyak ubahan. Perlu diketahui, ianya benar-benar terhad 25 buah bagi setiap model untuk seluruh Malaysia.
Model Edisi Ulangtahun Proton ke-25 ini hanya dikeluarkan sebanyak 25 unit bagi setiap model, di mana model Saga dijual dengan harga RM54, 500, diikuti dengan Persona (RM69, 500) dan Exora (RM91, 998). Dibuka untuk tempahan bermula 12 Julai ini. Selain itu, sebanyak 25 pertubuhan amal menerima sumbangan daripada Proton berjumlah RM25, 000 bagi setiap pertubuhan, manakala dua pelanggan bertuah memperoleh wang tunai berjumlah RM25, 000 menerusi pertandingan ‘Saga Snap & Win’. Di majlis ini juga Datuk Seri Najib Tun Razak turut memperkenalkan kereta konsep hibrid mesra alam, Proton Emas.
Beberapa info ringkas mengenai model Edisi Ulangtahun Proton ke-25:
Proton Saga:
Model Saga Edisi Ulangtahun Proton ke-25 ini, diberi beberapa sentuhan eksklusif di mana ia dicat dengan warna Pearl White dan warna hitam di bahagian bumbung dan bahagian bonet (ruang bagasi). Selain itu, ia dipadankan dengan rim aloi 14″ rekabentuk baru dan jalur sisi bercorak harimau. Model ini nampak lebih eksklusif apabila hiasan dalamannya dilengkapi tempat duduk kulit dengan warna coklat dan jingga serta di bahagian door trim. Ini simbolik dengan warna harimau. Sentuhan grafik baru pada meter combi dan paparan LCD dengan cahaya lampu biru pada head unit model ini menyerlahkan lagi identiti dan ciri-ciri khas yang tiada pada model Saga sedia ada.
Persona stationwagon 2011
Saya mendengar ura-ura Proton akan menbina satu lagi variant untuk persona sebelum digantikan sepenuhnya kelak pada 2012. Pada hemat saya langkah ini adalah untuk memaksimakan keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan platform ini sebelum ditamatkan pengunaannya. Pada tahun 2004 Gen-2 diperkenalkan dengan bodystyle: hatchback, kemudian pada tahun 2007 persona: sedan. Maka variant yang mungkin diperkenalkan pada tahun 2011 ialah stationwagon/grand touring/estate.
Stationwagon bukanlah bodystyle yang digemari oleh rakyat Malaysia, tapi saya percaya masih ada pasaran bagi kereta jenis ini. Jika MPV dibina untuk mengusung lebih ramai penumpang, stationwagon adalah lebih menjurus kepada sesiapa yang inginkan ruangan lebih besar untuk mengusung barangan tetapi tidak mahu mengorbankan gaya( pada mata saya, stationwagon lebih bergaya daripada MPV,terpulang).
Ade sesetengah stationwagon yang mempunyai 7 tempat duduk, tetapi 2 tempat duduk di barisan terakhir tidak dikira sebagai tempat duduk yang sempurna, oleh itu selalunya ia dipanggil 5+2 seater. Jika Proton berhasrat menggunakan konfigurasi 5+2, saya berharap barisan terakhir boleh ditanggalkan untuk memberi konfigurasi yang lebih fleksibel. Saya tidak pasti samaada penggunaan kerusi lipat-leper(fold-flat) boleh memberi ruang yang cukup untuk dimanfaatkan.
Pada harga yang bersesuaian, Persona varian ini boleh mencuri sedikit pasaran Perodua Alza. Tidak banyak, sikit pun jadilah..
Proton – Lotus mahukan Bob Lutz dan Tom Purves?
Khabar angin terbaru mengatakan, ‘Maximum’ Bob Lutz (ex-GM) dan Tom Purves (ex-BMW) untuk menjadi penasihat. Ini adalah berikutan perancangan Proton untuk Lotus untuk menjadi pemain industri yang lebih berdaya saing juga pembangunan model-model baru ‘supercar’ terutama di rantau ‘continental’, Amerika khususnya.

Kepakaran mereka-mereka ini dan juga pengetahuan mereka dalam bidang-bidang permotoran di sana tentulah lebih pakar dari ‘orang-orang macam pakar’ di Malaysia tentunya. Bob Impak Maksima eh.. Maximum Bob ini kalau sesiapa yang rajin membaca, tentunya tahu dia adalah orang yang punyai pelbagai latar belakang dunia automotif eropah. Berpengalaman di beberapa syarikat permotoran seperti General Motor, di Ford Motor sebagai timbalan presiden, juga timbalan presiden eksekutif pemasaran di BMW untuk beberapa tahun dan banyak lagi.
Antara yang ada kaitan dengannya adalah seperti… Ford Sierra, BMW 3 Series, Pontiac GTO atau nama-nama terkini seperti Cadillac CTS, Chevrolet Volt, dan yang paling popular… Chevrolet ‘BumbleBee’ Camaro!

Tom Purves pula adalah ‘the man who runs BMW of North America’, hermm… aku tak tahu dan tak kaji lagi pasal beliau…
sumber : Autonews
Satria Neo S2000 masih beraksi, begitulah
Late update, sangat sibuk dengan urusan dunia yang benar-benar penting. Update ini juga sekadar melengkap cerita buat masa ini.

Hari-hari terakhir di Rally Ypress, Belgium nyata mengecewakan buat kita dan tentunya team Satria Neo S2000 sendiri apabila ketiga-tiga buah keretanya gagal menamatkan perlumbaan. Ini adalah berikutan kegagalan enjin dan gagal diselesaikan menjadikan mereka gagal meneruskan rally.
Freddy Loix yang memandu Skoda Fabia S2000 menang di gelanggang sendiri.
, manakala Kris Meeke yang lebih popular itu juga kemalangan membuatkannya gagal menamatkan perlumbaan juga.
Perjalanan dan perjuangan Proton di arena rally masih jauh, apa-apapun diharapkan ia tidak terlalu lambat. Kerana Malaysian sifatnya sangat tidak sabar untuk melihatkan keputusan dan cuma tahu mahu menang saja. Hahaha.

Rally akan datang ialah Rally Whangarei – New Zealand. Kita tunggu dan lihat!. Good luck Satria Neo S2000!
*Kredit gambar dan cerita dari Facebook rasmi Proton Satria Neo S2000.
Pelan 5 Tahun transformasi Kumpulan Lotus
Proton, kini merangka pelan jangka sederhana baru anak syarikatnya Lotus, bagi menjadikan syarikat tersebut sebagai sebuah syarikat yang menguntungkan.

Beberapa tahun kebelakangan ini Lotus berada di dalam ‘merah’, cuma akhir-akhir ini ia sudah kembali ke arah garisan hitam (back on black). Mungkin faktor ini dibantu dengan penjualan Lotus Evora yang memberansangkan. Selain itu mereka menjual teknologi, melesenkan paten platform dan design, juga bagi projek-projek lain seperti menala sistem suspensi terbaik untuk Nissan GTR contohnya (korang tak tahu? hah! baiklah korang tau). Selain itu khidmat-khidmat ‘consultant’ kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Walaupun begitu, untuk sesebuah syarikat menjadi lebih maju, ia pastinya memerlukan keuntungan yang lebih besar bagi memastikan wang untuk dilaburkan bagi tujuan ‘research and developement’ adalah mencukupi. Untuk tujuan kajian dan pembangunan sentiasa memerlukan perbelajaan yang besar. Selain itu juga, tanpa keuntungan yang mencukupi agak menyukarkan sesebuah syarikat bagi membuat perkara-perkara lain seperti pemasaran (marketing) dan pengiklanan (advertising). Belajar sikit hal perniagaan ya! Got that? haha
Hal ini dinyatakan (sumber BERNAMA) oleh pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Salleh. Ujarnya “Semasa mesyuarat lembaga (board meeting), saya berasakan pulangan kumpulan Lotus sebelum ini belum menguntungkan”. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, antara strategi utama yang akan dijalankan bagi pelan 5 tahun ini adalah memasuki pasaran ‘Premium Sports Car’ sepertimana Porsche dan Ferrari. Lotus juga turut akan digunakan sebaik mungkin bagi memajukan Proton. Antaranya kerjasama yang lebih banyak dalam membina produk dimasa depan dan lebih nilai-nilai lain.
Perlantikan Dany Bahar (Switzerland) sebagai CEO baru untuk Kumpulan Lotus sejak akhir tahun lalu juga adalah antara sebahagian perancangan tersebut. Dany Bahar seorang yang berpengalaman besar dalam dunia kereta sports mewah. Berpengalaman di Ferrari sebagai Head of Corporate Projects Business, turut terlibat dalam bidang berkaitan Formula One, Nascar dan pelbagai lagi.
All the best.







