Volkswagen
Rundingan Proton-VW gagal
Berita ini bukanlah sat
u kejutan, sebab ini bukan kali pertama rundingan ini gagal. Rundingan pertama Proton-VW pada 2005 gagal, begitu juga rundigan pada 2007. Antara sebab rundingan 2010 gagal ialah VW sudah mempunyai Suzuki untuk dijadikan sebagai medium untuk menguasai pasaran di Asia Tenggara dan India, juga pelancaran Polo sedan sebagai VW kos rendah. Maka kerjasama dengan Proton dilihat oleh VW sebagai sesuatu yang sudah kurang relevan. Tambahan pula dikatakan VW mahukan suatu yang lebih daripada rakan strategik, VW ingin menguasai kepentingan dia dalam Proton. Itu merupakan antara pantang larang bagi Proton.haha
Walaubagaimanapun, Proton masih mempunyai peluang-peluang lain. Proton masih berunding dengan Mitsubshi dan Renault untuk membangunkan enjin dan produk-produk lain. Project Proton-Italdesign masih berlangsung, Project EMAS juga sedang di perkembangkan. Peluang untuk Passat-Perdana macam mana pulak? alamak!
p/s: ada jugak dengar-dengar Proton dan Perodua nak berganding tangan…yeke?
Usahasama Proton-Volkswagen

Baru-baru ini, Dato Syed Zainal telah mengesahkan bahawa rundingan Proton-Volkswagen masih berjalan dan keputusan rundingan tersebut akan dapat diketahui dalam masa 2 minggu dari sekarang.
Saya rasa, hasil rundingan ini lebih cenderung kepada usahasama teknikal seperti perkongsian platform dan enjin. Melihat kepada hala tuju Proton sekarang, meningkatkan jumlah jualan export adalah tumpuan utama mereka, maka ada kemungkinan kita akan dapat lihat produk proton dijual dengan badge VW di luar negara. Hmmm, sebagai entry level model untuk VW kot. Untuk mendapatkan kepastian, kita kena tunggu 2 minggu lagi( tapi jangan berharap sangat, takut-takut ditangguh lagi tarikh keputusan macam kes-kes sebelum ni)
p/s: Tersebar juga laporan terkini mengatakan proton akan menggunakan VW Jetta sebagai Model Gantian Perdana. Nampaknya kempunan la rakyat Malaysia nak pakai VW Passat, hehe.