Umum
Dah lama terbiar. Akan coming back dalam masa terdekat.
Setiap hari saya suka melawati laman-laman web automotif. Agak kerugian jika saya mengabaikan blog sendiri.
Susulan azam tahun baru hijrah, saya mahu menghidupkan kembali blog ini. Automotif… khususnya kereta… adalah kegilaan saya.
Saya akan cuba terbaik untuk tahun 2012 nanti , walaupun barangkali cuma saya seorang yang akan mengemaskininya.
Go go goooo
~ Nizam ‘Mysticmind’ Ahamad
Proton di Indonesia International Motor Show 2010


Muzium Automobil Nasional Sepang
Malaysia mula mengorak langkah di bidang perindustrian berat khususnya bidang pembuatan kenderaan komersil apabila tertubuhnya Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980 dan seterusnya Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) pada tahun 1983, Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (PERODUA) pada tahun 1993, Motosikal dan Enjin Nasional Sendirian Berhad (MODENAS) pada tahun 1995. Industri permotoran Malaysia telah banyak berkembang sejak kebelakangan ini.
Sejajar dengan perkembangan tersebut, Muzium Automobil Nasional telah dibangunkan. Muzium ini memaparkan beberapa model kereta dan motosikal buatan tempatan serta kereta-kereta import yang pernah digunakan di negara ini. Tujuan utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan dan pencapaian industri permotoran di Malaysia. Muzium ini juga memaparkan beberapa koleksi kereta vintaj dan klasik yang memepunyai sejarahnya yang tersediri. Muzium ini berharap dapat memberi maklumat, mendidik serta menghibur para pengujung mengenai sejarah dan kejayaan negara dalam menerokai industri ini.
Muzium Automobil Nasional ini terletak di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Dan tiada bayaran masuk dikenakan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Jabatan Muzium Malaysia atau klik di SINI.
*sumber: Jabatan Muzium Malaysia
1 Malaysia FXOpen Drift Series 2010
Saya baru sahaja menonton rancangan diskusi dan temubual pagi di TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) edisi 5 Julai 2010 (Isnin). Temubual yang memperkatakan tentang satu lagi siri perlumbaan drift di Malaysia, ’1 Malaysia FXOpen Drift Series 2010′ yang bakal menemui anda di Melaka International Motorsports Circuit (MIMC) pada 9 – 10 Julai 2010.

*klik untuk lihat poster penuh
Dikhabarkan, siri ini telah diperkenalkan dan berlangsung pada 22 Mac 2010, dan bakal memanaskan MIMC Julai ini. Siri perlumbaan drift ini, ditaja dan disokong oleh pelbagai pihak. FXOpen merupakan penaja utamanya, disusuli DiGi sebagai Official Partner, Melaka International Motorsports Circuit (MIMC) sebagai Official Venue, Hypertune (Official Magazine), Pro Tuners (Exclusive Magazine), Cari.com.my (Exclusive Online Media) dan Torco (Exclusive Racing Oils).
Untuk maklumat lanjut, klik pada pautan di bawah:
Vuvuzela Terbesar di dunia oleh Hyundai!
Melihat Worldcup 2010 adalah sangat tidak aman dengan ganguan bunyi macam lalat dari vuvuzela. Samapaikan tenggelam sebarang sorakan penonton. Apatah lagi time sorakan GOAAAALLLLL!!!! pun tidak kedengaran seperti dulu. Aduuuuhhhh! Nah! Ambik! Vuvuzela terbesar dunia! (setakat ini) dari Hyundai, iaitu salah satu penaja World Cup 2010.
Amacam? Power tak? Pecah telinga?
Sumber : Youtube
Datsun 1200 Coupe Ayahku
Kerana hari ini dan semalam adalah hari bapa, dan saya tidak sempat juga membuat pos pada semalam lantaran terlalu sibuk. Jadi saya buat pos hari ini sebagai pos sempena HARI BAPA. Sebenarnya, apabila mahu berblog secara serius seperti ini, kami (saya dan chaku) mendapati seakan sukar benar untuk mengarang ayat-ayat menarik sehingga terasa bagaikan dalam kelas peperiksaan pula. Yeah!

Sebelum itu kita nyanyi dulu…
Kereta kecil warna merah
Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolahPom pom pom pom pom…
Pom pom pom pom…
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek
Itulah lagu yang popular semasa saya di tadika pada berpuluh-puluh tahun dulu. Apa yang menariknya, sememangnya (arwah) ayah saya, mempunyai kereta berwarna merah dan kecil err… tidaklah sekecil mana. Apa-apapun, rasa-rasanya lagu diatas bukanlah merujuk kepada kenderaan sebenar, sebaliknya mungkin kereta mainan yang aku tidak pasti saiznya hahaha.
Dalam tahun 70′an dahulu, adalah waktu yang boleh dikatakan kemuncak zaman munculnya penempatan felda dan tanah rancangan seluruh Malaysia. Tanaman utama adalah kelapa sawit tentunya, yang pada masa itu menjanjikan hasil yang lumayan. Jadi tidak perlu berasa hairan jika ramai peneroka mampu membeli kereta. Namun begitu, tidak ramai yang membeli kereta kerana tiada lesen! Jadi mujurlah ayah saya antara segelintir orang-orang yang berjaya mendapatkan lesen pada ketika itu. Perlu diingatkan, zaman tersebut untuk keluar ke bandar yang ada JPJ pun sudah makan masa sehari dua.
Pada zaman dahulu, kita patut maklum bahawa sesuatu model kereta yang dikeluarkan, mempunya ‘jangka hidup’ atau lifespan yang panjang. Sesebuah model boleh dipasarkan lebih daripada 5 tahun, lantaran untuk membina sesebuah model juga mengambil masa yang lama. Tidak seperti sekarang, syarikat-syarikat kereta besar mampu mengeluarkan beberapa model dalam setahun. Dengan itu saya kurang pasti samada kereta ini dikeluarkan pada lewat tahun 60an ataupun 70an.
Baiklah, berbalik kepada kereta ayahku ini.
Datsun 1200 Coupe! › Continue reading
Era baru dalam perlumbaan virtual
Saya rasa hampir semua pembaca blog ini menggemari sukan lumba, tapi tak semua mampu melibatkan diri dalam bidang itu. Poket kena tebal, hati mesti kering, masa perlu selaut. Nasib baik zaman sekarang ade alternatif lain untuk melampiaskan ‘jiwa kelajuan’, terima kasih kepada Video Games. Baru-baru ini di Electronics Entertainment Expo(E3), Microsoft telah memperkenalkan satu peripheral baru untuk permain konsol XBOX 360 iaitu Kinect.
Dengan adanya Kinect, kita tidak lagi perlu menggunakan controller, hanya gunakan seluruh anggota badan anda untuk mengawal. Contohnya, dalam game Forza, kereta dipandu menggunakan stereng udara(air steering), dimana anda meletakkan tangan anda dihadapan seolah-olah memegang stereng kereta. Nak belok kenan, pusinglah ke kanan dan kiri jika mahu ke kiri. Lebih kurang macam pergerakan ketika guna Wiimote tapi tanpa Wiimote. Mungkin penukaran gear boleh dilakukan seperti gaya anda menukar gear seperti biasa juga. Samaada anda perlu berdiri atau duduk semasa bermain, itu saya tidak pasti. Tapi takkan la tak boleh duduk , dalam kereta sebenar pun kita duduk. haha
Bagaimana Kinect mengubah pengalaman perlumbaan virtual? Jika dulu apabila henda memotong, atau selekoh tajam, anda tidak boleh menjenguk apa yang dihalang oleh blindspot(selalunyer A-pillar), kini dengan Kinect ada boleh. Anda hanya perlu menjenguk seperti setika memandu kereta sebenar, Kinect akan membaca pergerakan anda dan mengubah kedudukan camera agar anda boleh melihat disebalik blindspot itu.
Selain itu, Forza telah mengadaptasi in-game showroom supaya boleh memaksimakan kelebihan Kinect. Kini in-game showroom akan lebih interaktif, seolah-olah anda berada di showroom sebenar. Anda boleh berjalan mengelilingi kereta itu, boleh tengok dengan lebih dekat, bahkan boleh tengok interiornya.
Sila ikuti video dari Youtube ini untuk mendapat gambaran yang lebih jelas bagaimana penggunaan teknologi ini
nota kaki: tak penat ke nak apungkan tangan ke depan lam-lama
Nissan-Leyland akan melancarkan kat 3 model baru menjelang 2011 di India
Semua syarikat automotif dunia sedang sibuk dengan pelan untuk menakluki pasaran kenderaan di India termasuklah Nissan. Untuk mereliasasikan hasrat itu, Nissan telah membuat usahasama dengan Ashok Leyland. Nissan – Leyland merupakan kerjasama strategik untuk membangunkan Kenderaan Komersil Ringan yang berpusat di India.
Gandingan ini akan melancar 3 model baru menjelang 2011. 2 daripada model tersebut akan dibangunkan di kilang Ashok Leyland yang terletak Hosur , selatan daerah Tamil Nadu, manakala satu lagi model akan dibina di kilang Renault-Nissan, Chennai.
Selain Nissan, syarikat automotif lain turut mula menapak di India untuk mengambil peluang di dalam pasaran Kenderaan Komersil Ringan, antaranya Volvo, Daimler, MAN dan Navistar. Kemasukan gergasi-gergasi asing ini akan memaksa syarikat tempatan seperti TATA dan Mahindra untuk mengubah ‘game plan’ mereka agar dapat bersaing.
Tiada lagi baucar program lupus kereta – Proton
Proton Xchange Programme, iaitu program pelupusan kereta lama untuk dapat rebate voucher kira-kira RM5000 bagi pembelian kereta baru kini telah ditamatkan kerana dana yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk tujuan itu telah habis digunakan sepenuhnya. 25,862 permohonan diterima dari Mac hingga Oktober lalu.
Sumber : Bernama
DRB Hicom bercerai dengan Chevrolet
DRB Hicom dan General Motor (Asia) masing-masing telah bersetuju menamatkan perjanjian bagi mengimpot dan mengedar kenderaan-kenderaan Chevrolet di Malaysia bermula 2010. Hermm.. tak la menarik sangat, Chevrolet pun tak banyak dan kurang diminati di Malaysia. Cuma Chevrolet Aveo sahaja model yang popular. Mungkin ada 1 lagi perkara yang tak sedap di dengar, kereta klon dari China yang meniru salah 1 model Chevrolet pun lepas masuk ke Malaysia!.
Apa-apa pun, GM memang sedang menyusun semula syarikatnya yang hampir bankrap kerana kegawatan ekonomi yang masih belum pulih.

