Konsep
Supercar dari Lotus – Lotus Elite
“Lotus tidak boleh hidup sekadar jenama produk khusus” – CEO Lotus, Dany Bahar.
(“Lotus can’t survive as a niche brand.” Lotus CEO, Dany Bahar)
Itu kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Lotus yang baru dilantik beberapa bulan dulu. Orang yang berjaya menjadikan Ferrari lebih banyak dijual. Sejajar dengan wawasan Lotus yang mahu mengembangkan sayap ke arena supercar iaitu bersaing bersama Ferrari, Porsche, Lamborghini dan sebagainya.

Beberapa hari lalu (oh.. saya terlalu sibuk untuk mengudate blog ini), sebuah model konsep dari Lotus dinamakan Elite dikhabarkan akan dipamerkan di Paris Motor Show yan akan berlansung pada 2-17 Oktober 2010 ini. Berbagai-bagai reaksi dari Lotus fan dan Lotus fan wannabe
jika diperhatikan di blog-blog auto terkemuka dunia, ada yang suka, ada yang tidak dan sebagainya.
Sedikit info tentang Lotus Elite dan lagi gambar :
Proton Emas Di Malaysia
Sempena majlis pelancaran model edisi ulangtahun Proton ke-25, Proton buat pertama kali menampilkan model konsep hibridnya di Malaysia, EMAS atau nama penuhnya Eco Mobility Advance Solution. Di mana, sebelum ini ia juga turut dipamerkan di Geneva Autoshow. Apa yang menarik perhatian pada model yang ditampilkan kali ini, adalah sedikit berlainan berbanding yang dipamerkan di Geneva.
Model EMAS yang dipertontonkan di majlis ini, tampak lebih bergaya dan mempunyai ciri-ciri sporty. Di mana, ia diberi sentuhan bertemakan warna biru, terutama pada bahagian badan dan tempat duduk. Jika diperhatikan pada foto-foto ini, model ini telah diubahsuai kepada pemanduan sebelah kanan (right hand drive) berbanding model di Geneva, pemanduannya di sebelah kiri (left hand drive).
Bukan sahaja warna biru yang menonjolkan imej sporty, malah sentuhan pada sportrim-nya juga menjadikan ia lebih bergaya. Senang kata, bila lihat saja EMAS ini, boleh ‘jatuh cinta pandang pertama’ (hehe~ bergurau pula). Rata-rata pendapat mengatakan, model ini benar-benar membuat sesiapa sahaja berminat untuk memilikinya.
Apa pendapat anda tentang EMAS biru yang ditampilkan kali ni..?? Dan apa yang anda harapkan pada model ni..??
RENAULT: mulakan imej baharu
Pada musim luruh ini di Paris Motor Show, Renault akan memberi pra-tonton hala tuju design baharu mereka. Untuk memudahkan kita membayangkan hala tuju ini secara fizikal, Renault telah membina satu kereta konsep iaitu Renault DeZir. Haja tuju baru ini membawa imej yang lebih ringkas, minimal dan organik.
Kereta Konsep ini dibina atas kerangka tiub besi dan dan litupi panel badan daripa bahan jenis kevlar. Jika anda mengamati galeri yang kepilkan, anda akan lihat kereta ini mempunyai mekanisma bukaan pintu yang tidak simetri, satu dibuka kehadapan, satu kebelakang. Ini merupakan sesuatu yang unik tentang kereta ini.
Renault DeZir ini akan bernadikan motor elektirk 110kilowatt yang akan memacu kenderaan ini melalui tayar belakang. Menurut Renault, motor elektrik ini berupaya memacu kereta seberat 830kg ini, memecut dari 0-100km/j dalam masa 5 saat. Bekalan tenaga untuk menggerakkan motor elektrik DeZir ini diperolehi daripada bateri pek 24-kilowatt-jam seperti yang terdapat pada Nissan Leaf. Justeru itu, jarak pemanduan yang boleh dicapai dengan sekali bateri caj penuh juga adalah lebih kurang 161km. Cuma perbezaannya, bateri pack DeZir menggunakan teknologi penukaran Quick Drop, manakala Leaf- menggunakan plug-in caj semula.
Video dan galeri di dalam pos penuh
Baru dari Modenas?
Pengeluar motorsikal nasional Motorsikal Dan Enjin Nasional Snd Bhd (MODENAS) dijangkakan akan melancarkan model baru tidak lama lagi. Adakah model ini merupakan motorsikal jenis supermotard? Pada tahun 2006, modenas pernah mempamerkan sebuah motorsikal konsep jenis supermotard, 220 SX. Tidak banyak yang maklumat yang kami perolehi tentang model yang akan dilancarkan Modenas ini, oleh itu hanya gambar Modenas 220 SX sahaja yang akan kami kepilkan bersama pos ini.
Proreka mempamerkan model skala di pameran SMECorps
Terima kasih kepada Riderx kerana mengirimkan beberapa gambar model skala di booth Proreka di Pameran SMECorps.
Kebanyakan daripada peminat-peminat industri automotif tempatan pasti mengenali Proreka, kerana ia merupakan pembekal komponen OEM untuk industri automotif dan tersenarai sebagai vendor Tier-1 di Malaysia. Populariti Proreka mula bercambah apabila syarikat penala tempatan Race Rally Research(R3) telah menggunakan khidmat Proreka untuk mendesign bodykit untuk kereta-kereta talaan R3. Model-model Proton yang menerima sentuhan peragaan Proreka adalah Savvy Zerokit, Gen-2 dan Waja versi MME, dan hasil sentuhan peragaan yang terkini adalah Satria Neo R3, termasuklah Satria Neo R3 Lotus Racing. Sentuhan Proreka ini bukan sahaja terhad kepada imej luaran, kemasan dalaman juga turut dipertingkat dengan penggunaan material-material yang berkualiti tinggi.
Di Proreka, pelanggan akan dibantu dari segala aspek, termasuklah dari cetusan idea, engineering design, pembangunan prototype, sehinggalah kepada pembangunan produk
Walaupun lebih terkenal dengan menglibatan dalam pengubahsuaian kereta-kereta tempatan, Proreka juga menjalankan urusniaga dengan gergasi automotif antarabangsa yang lain. Ini membuktikan Syarikat tempatan ini mampu bersaing dengan pengeluar OEM antarabangsa.
untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari http://www.proreka.com
p/s: anda boleh juga melihat lakaran kereta model skala ini di muka utama laman Proreka.
BMW X9 – Khalfi Oussama bukan Osama Ben Laden
Tiba-tiba keluar cerita BMW mengeluarkan BMW X9. Biar betul. X6 baru jer nampak menjalar di jalanraya, takkan dah nak buat X9 dah.

Dah beberapa kali tengok X6 di jalanraya Malaysia, kereta ini kelihatan pelik, tetapi pada aku, aku suka, ia istimewa dan unik. Bayangkan kereta berbentuk seakan Gen-2 (seperti di dakwa ramai), tetapi saiznya hampir sebesar sebuah Mitsubishi Pajero. Hensem! Tapi pikir-pikir balik selepas X6, sepatutnya ada X7 X8 baru lah X9 bukan?
Sebenarnya, ia adalah tidak lain dan tidak bukan hasil kerja 3D dari Khalfi Oussama (bukan Osama Ben Laden) iaitu seorang remaja berusia 18 tahun dari negara Tunisia. Hasil kerjanya ini di war-warkan oleh kebanyakkan blog permotoran diserata dunia termasuklah blog TopGear. Mengapa local talent kita tidak mahu mencuba sesuatu seperti ini?
Khalfi oussama design
every one has a big dream , and my big dream is to see my design works on realResume
hi ,my name is khalfi oussama , i’m 18 years old and i am a tunisian .since i was young i have a talent ,my talent is the love of creation and designing ,
when i see a car or a house or even a pen ,i start thinking about finding a new design of it more stylish and concept ,from the age of 7 until now , i have worked many and many projects on paper ,using the paw shape ,3D modeling and i started step by step devolopping my skills without taking any lessons in designing , i became a good designer in every thing specialy cars , in my opinion ,to be designer you need to have i big imagination,the desier and the most important think is to learn from your mistakes.
in the future , i want to be a car designer and i need some help because i’m not rich in money but rich in mind.More here : Khalfi Oussama @ Coroflot
Bagus, lihatkan passion dan semangatnya, tidak sama lansung dengan kebanyakkan semangat student negara kita yang mengambil PTPTN di Malaysia.
Aku berani bet ramai PTPTN loaner lebih suka menghabiskan duit dengan membeli henset baru, pakaian branded, ‘merendek’ atau bercouple sana sini daripada memantapkan skill hasil kerja! Bawak-bawak sedar diri korang tu sikit.
Lagi gambarnya-gambarnya selepas ini. › Continue reading












