Editorial

Berikut adalah editorial, atau penulis dan penyumbang di laman ini :

Nizam ‘Mysticmind’ Ahamad
- Seorang yang berpengalaman luas di dalam dunia web dan multimedia. Mula bermain web, design, dan programing sejak 10 tahun dahulu. Minatnya di dalam dunia permotoran juga telah lama. Tidak menyukai kereta-kereta baru yang memerlukan bayaran bulanan, sebaliknya memilih kereta yang lama. Kemudian melakukan serba sedikit upgrade dari segi enjin dan rupa. Latest project, Ford GD 2.0 FSZE!
Kamarul Ariffin Norsadan aka Chaku
- Seorang bakal Doktor yang meminati dunia rekabentuk kenderaan. Berada di luar negara dan sekali sekala pulang ke Malaysia. Kerana minatnya yang mendalam dalam dunia permotoran ini, beliau menyambut cabaran untuk sama-sama membangunkan web blog ini. Sekiranya beliau membeli Porsche berwarna hitam, maka wataknya tidak ubah seperti Blackbird di dalam Wangan Midnight.
Adzakael
- Seorang pensyarah di sebuah institusi seni di Malaysia. Juga seorang yang ‘petrol head’ walaupun pada luarannya kelihatan comel, tapi itu tidak bermakna tidak boleh menjadi ganas. Ini terbukti dengan pemanduan yang mengila-gila apabila kami bermain go-kart setiap awal bulan. Memiliki sebuah Mazda bernadikan B8 Turbo yang masih tidak selesai-selesai upgradenya.
Nurazmi Fazreen (G-mie)
- Data not found (yet) :D

Contact Us :

VISI & MISI

Menyedari betapa kurangnya blog automotif dalam bahasa Malaysia dan juga kurangnya info-info teknikal berkaitan dunia permotoran dalam bahasa kebangsaan ini, maka dari itu tercetuslah idea mewujudkan blog ini. Blog ini bercita-cita sangat besar, mahu menjadi 'leading' dan numero uno di Malaysia bagi web informasi segala aspek dan berita terkini permotoran. Kami berharap dapat mengumpul segala pakar automotif disini!.

Cari

Statistik