Dany Bahar.
Supercar dari Lotus – Lotus Elite
“Lotus tidak boleh hidup sekadar jenama produk khusus” – CEO Lotus, Dany Bahar.
(“Lotus can’t survive as a niche brand.” Lotus CEO, Dany Bahar)
Itu kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Lotus yang baru dilantik beberapa bulan dulu. Orang yang berjaya menjadikan Ferrari lebih banyak dijual. Sejajar dengan wawasan Lotus yang mahu mengembangkan sayap ke arena supercar iaitu bersaing bersama Ferrari, Porsche, Lamborghini dan sebagainya.

Beberapa hari lalu (oh.. saya terlalu sibuk untuk mengudate blog ini), sebuah model konsep dari Lotus dinamakan Elite dikhabarkan akan dipamerkan di Paris Motor Show yan akan berlansung pada 2-17 Oktober 2010 ini. Berbagai-bagai reaksi dari Lotus fan dan Lotus fan wannabe
jika diperhatikan di blog-blog auto terkemuka dunia, ada yang suka, ada yang tidak dan sebagainya.
Sedikit info tentang Lotus Elite dan lagi gambar :
Pelan 5 Tahun transformasi Kumpulan Lotus
Proton, kini merangka pelan jangka sederhana baru anak syarikatnya Lotus, bagi menjadikan syarikat tersebut sebagai sebuah syarikat yang menguntungkan.

Beberapa tahun kebelakangan ini Lotus berada di dalam ‘merah’, cuma akhir-akhir ini ia sudah kembali ke arah garisan hitam (back on black). Mungkin faktor ini dibantu dengan penjualan Lotus Evora yang memberansangkan. Selain itu mereka menjual teknologi, melesenkan paten platform dan design, juga bagi projek-projek lain seperti menala sistem suspensi terbaik untuk Nissan GTR contohnya (korang tak tahu? hah! baiklah korang tau). Selain itu khidmat-khidmat ‘consultant’ kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Walaupun begitu, untuk sesebuah syarikat menjadi lebih maju, ia pastinya memerlukan keuntungan yang lebih besar bagi memastikan wang untuk dilaburkan bagi tujuan ‘research and developement’ adalah mencukupi. Untuk tujuan kajian dan pembangunan sentiasa memerlukan perbelajaan yang besar. Selain itu juga, tanpa keuntungan yang mencukupi agak menyukarkan sesebuah syarikat bagi membuat perkara-perkara lain seperti pemasaran (marketing) dan pengiklanan (advertising). Belajar sikit hal perniagaan ya! Got that? haha
Hal ini dinyatakan (sumber BERNAMA) oleh pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Salleh. Ujarnya “Semasa mesyuarat lembaga (board meeting), saya berasakan pulangan kumpulan Lotus sebelum ini belum menguntungkan”. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, antara strategi utama yang akan dijalankan bagi pelan 5 tahun ini adalah memasuki pasaran ‘Premium Sports Car’ sepertimana Porsche dan Ferrari. Lotus juga turut akan digunakan sebaik mungkin bagi memajukan Proton. Antaranya kerjasama yang lebih banyak dalam membina produk dimasa depan dan lebih nilai-nilai lain.
Perlantikan Dany Bahar (Switzerland) sebagai CEO baru untuk Kumpulan Lotus sejak akhir tahun lalu juga adalah antara sebahagian perancangan tersebut. Dany Bahar seorang yang berpengalaman besar dalam dunia kereta sports mewah. Berpengalaman di Ferrari sebagai Head of Corporate Projects Business, turut terlibat dalam bidang berkaitan Formula One, Nascar dan pelbagai lagi.
All the best.