Lotus

Lotus bukan untuk dijual, Exora Turbo dan Satria Neo Turbo

Saturday, September 25th, 2010 | Kereta, Lotus, Proton | 5 Comments

“Jika kita menjadikan Lotus untung dan terus mengekalkan ia di dalam kumpulan, kita akan mendapat keuntungan sebagai pemegang saham (shareholder)”. – Dato’ Sri Nadzmi Mohd Salleh.


*gambar diatas adalah pemenang Pergh My Ride oleh Chaku

Menjawab soalan wartawan tentang membuka tawaran pembelian saham di dalam Lotus pula, Datuk Syed Zainal Abidin menjawab, “Lotus bukan untuk dijual”. Beliau juga berkata, Lotus adalah aset yang amat bernilai bagi Proton. Sebagai pemilik total 100% bagi unit Lotus branding dan engineering, ia amat bermakna untuk mengukuhkan kedudukan pengeluar kereta itu.

› Continue reading

Tags: , , , , , ,

Supercar dari Lotus – Lotus Elite

Friday, September 24th, 2010 | Kereta, Konsep, Lotus | No Comments

“Lotus tidak boleh hidup sekadar jenama produk khusus” – CEO Lotus, Dany Bahar.
(“Lotus can’t survive as a niche brand.” Lotus CEO, Dany Bahar)

Itu kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Lotus yang baru dilantik beberapa bulan dulu. Orang yang berjaya menjadikan Ferrari lebih banyak dijual. Sejajar dengan wawasan Lotus yang mahu mengembangkan sayap ke arena supercar iaitu bersaing bersama Ferrari, Porsche, Lamborghini dan sebagainya.

Beberapa hari lalu (oh.. saya terlalu sibuk untuk mengudate blog ini), sebuah model konsep dari Lotus dinamakan Elite dikhabarkan akan dipamerkan di Paris Motor Show yan akan berlansung pada 2-17 Oktober 2010 ini. Berbagai-bagai reaksi dari Lotus fan dan Lotus fan wannabe :D jika diperhatikan di blog-blog auto terkemuka dunia, ada yang suka, ada yang tidak dan sebagainya.

Sedikit info tentang Lotus Elite dan lagi gambar :

› Continue reading

Tags: , , , , ,

Automotif Dalam Seminggu Dua Ini

Monday, July 19th, 2010 | Bugatti, Formula 1, Kereta, Mercedes Benz, Proton, Rally | No Comments

Wow.. semua orang seakan sibuk sehingga tidak sempat mengupdate . Juga apabila terhenti susah untuk dimulakan semula. Jadi saya cuma mahu senarai ringkaskan apa-apa yang menarik berlaku lewat seminggu (dua) ini dalam snippets style.

1 – Team Rally Proton Satria S2000 menaiki podium buat pertama kali di Whangarei – New Zealand.

Keputusan perlumbaan lambat dikeluarkan kerana ada kesilapan teknikal khabarnya. Ketika podium stand ceremony, pasukan Satria Neo S2000 diletakkan sebagai pemenang ke 3, sedangkan sebenarnya mereka adalah di tempat kedua. Apa-apa pun tahniah untuk Alister McRae dan Bill Hayes. Baca lagi di S2000 team FB , dan blog mereka. Akan datang mereka akan beraksi di Rally Queensland Australia .

2. Formula One, Nico Rosberg – Mercedes Petronas naik podium juga di F1 Grand Prix British.


Bagus untuk semangat keMalaysiaan, pasukan ada nama Petronas Malaysia juga naik. Walaupun tempat ke 3, sekurang-kurangnya ia adalah 1 pencapaian yang bagus. Mark Webber menduduki podium 1 adalah terlalu pantas untuk dikejar, begitu juga dengan Lewis Hamilton di podium 2.  Air Asia pula meletakkan logo namanya di ‘rear spoiler’ bagi pasukan Lotus F1 Team – dan ya British adalah ‘homeground’ lotus yang kita kongsi bersama. Akan datang pula ialah ‘homeground’  kongsian kita untuk pasukan Mercedes GP pula iaitu di litar Hockenheim Germany! (errr dan jangan lupa Nico Rosberg dan Michael Schumacher juga adalah orang Jerman ;) )

3 -  Bugatti Veyron 16.4 Super Sport adalah kereta terpantas di dunia (setakat ini)

Kebanyakkan kita, biasanya memandu tidak lebih dari 110kmh. Jika lebih dari itu pula adalah sekitar 150kmh, itupun kerana kebanyakkan kereta mereka cuma mampu setakat itu. :D .  Walaupun hadlaju lebuhraya adalah 110kmh, ramai juga yang memecut dari 180 – 220kmh! Memecut atas kelajuan 200kmh memerlukan kereta yang stabil dan keberanian, silap dalam 1 saat akibatnya amatlah besar. Dan juga bergantunglah kereta anda mampu atau tidak pastinya. Jadi.. berapakah lajunya Bugatti Veyron SS ini? Nah.. ambik nih :

267.81 mph! iaitu kira-kira 428.50kmh!

Berikut adalah berita2 lain :
- Minyak naik lagi bersama gula dan rakan-rakan sewaktu dengannya. Naik? biasa!
- Exora Minor MC1 sudah dilancarkan
- dan sebagainya

Okeh!.. itu saja post terpilih yang lewat. Harap selepas ini kembali ke normal.

Tags: , , , , , , , , , ,

Proton – Lotus mahukan Bob Lutz dan Tom Purves?

Thursday, July 1st, 2010 | Kereta, khabar angin, Lotus, Proton | 4 Comments

Khabar angin terbaru mengatakan, ‘Maximum’ Bob Lutz (ex-GM) dan Tom Purves (ex-BMW) untuk menjadi penasihat. Ini adalah berikutan perancangan Proton untuk Lotus untuk menjadi pemain industri yang lebih berdaya saing juga pembangunan model-model baru ‘supercar’ terutama di rantau ‘continental’, Amerika khususnya.

Kepakaran mereka-mereka ini dan juga pengetahuan mereka dalam bidang-bidang permotoran di sana tentulah lebih pakar dari ‘orang-orang macam pakar’ di Malaysia tentunya. Bob Impak Maksima eh.. Maximum Bob ini kalau sesiapa yang rajin membaca, tentunya tahu dia adalah orang yang punyai pelbagai latar belakang dunia automotif eropah. Berpengalaman di beberapa syarikat permotoran seperti General Motor, di Ford Motor sebagai timbalan presiden, juga timbalan presiden eksekutif pemasaran di BMW untuk beberapa tahun dan banyak lagi.

Antara yang ada kaitan dengannya adalah seperti… Ford Sierra, BMW 3 Series, Pontiac GTO atau nama-nama terkini seperti Cadillac CTS, Chevrolet Volt, dan yang paling popular… Chevrolet ‘BumbleBee’ Camaro!

Tom Purves pula adalah ‘the man who runs BMW of North America’, hermm… aku tak tahu dan tak kaji lagi pasal beliau…

sumber : Autonews

Tags: , , ,

Pelan 5 Tahun transformasi Kumpulan Lotus

Friday, June 25th, 2010 | Kereta, Lotus, Proton | 1 Comment

Proton, kini merangka pelan jangka sederhana baru anak syarikatnya Lotus, bagi  menjadikan syarikat tersebut sebagai sebuah syarikat yang menguntungkan.

Beberapa tahun kebelakangan ini Lotus berada di dalam ‘merah’, cuma akhir-akhir ini ia sudah kembali ke arah garisan hitam (back on black). Mungkin faktor ini dibantu dengan penjualan Lotus Evora yang memberansangkan.  Selain itu mereka menjual teknologi, melesenkan paten platform dan design, juga bagi projek-projek lain seperti menala sistem suspensi terbaik untuk Nissan GTR contohnya (korang tak tahu? hah! baiklah korang tau). Selain itu khidmat-khidmat ‘consultant’ kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Walaupun begitu, untuk sesebuah syarikat menjadi lebih maju, ia pastinya memerlukan keuntungan yang lebih besar bagi memastikan wang untuk dilaburkan bagi tujuan ‘research and developement’ adalah mencukupi. Untuk tujuan kajian dan pembangunan sentiasa memerlukan perbelajaan yang besar. Selain itu juga, tanpa keuntungan yang mencukupi agak menyukarkan sesebuah syarikat bagi membuat perkara-perkara lain seperti pemasaran (marketing) dan pengiklanan (advertising). Belajar sikit hal perniagaan ya! Got that? haha :D

Hal ini dinyatakan (sumber BERNAMA) oleh pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Salleh. Ujarnya “Semasa mesyuarat lembaga (board meeting), saya berasakan pulangan kumpulan Lotus sebelum ini belum menguntungkan”.  Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, antara strategi utama yang akan dijalankan bagi pelan 5 tahun ini adalah memasuki pasaran ‘Premium Sports Car’ sepertimana Porsche dan Ferrari. Lotus juga turut akan digunakan sebaik mungkin bagi memajukan Proton. Antaranya kerjasama yang lebih banyak dalam membina produk dimasa depan dan lebih nilai-nilai lain.

Perlantikan Dany Bahar (Switzerland) sebagai CEO baru untuk Kumpulan Lotus sejak akhir tahun lalu juga adalah antara sebahagian perancangan tersebut. Dany Bahar seorang yang berpengalaman besar dalam dunia kereta sports mewah. Berpengalaman di Ferrari sebagai Head of Corporate Projects Business, turut terlibat dalam bidang berkaitan Formula One, Nascar dan pelbagai lagi.

All the best. ;)

Tags: , , , ,

Lotus Evora kini dipasaran Malaysia

Thursday, June 24th, 2010 | Kereta, Lotus, Proton | 3 Comments

Kemana pulangnya sirih jika tidak ke gagang. Oh.  Akhirnya Lotus yang diberanakkan di United Kingdom itu menjejak juga ke negara induknya, Proton… Malaysia.

Ah.. berita ini dah disiarkan beberapa hari lalu, cuma saya tidak berkesempatan mengupdatenya. Buat blog yang baru seperti ini agak mustahil diberi peluang datang di hari pelancaran, ataupun dalam bahasa Inggerisnya ‘press invitation’. Ya! mungkin satu hari nanti ada peluang untuk bersama-sama yang lain. Mungkin masanya belum tiba. Apatah lagi saya sekarang masih berusaha mendapatkan sebiji DSLR. Tak mengapa! Update ini adalah untuk melengkapkan apa yang patut ada.

Bernama melaporkan Lotus Malaysia, memasarkan Evora pada harga RM443,480 (spefikasi sports), RM463,650 (spefikasi tech) dan RM472,110 (sports dan tech). Manakala RM490,210 bagi spefikasi edisi pelancaran. Lotus Malaysia mensasarkan jualan sekurang-kurangnya 30 buah Evora dapat dijual pada tahun ini.

Mahal? Habis tu takkan nak murah bawah RM200K! Ini dinamakan menjaga jenama. Perlu diingatkan juga, walaupun Lotus adalah milik Proton, tetapi ia dilahirkan di UK bermakna matanya adalah berwarna biru atau hijau. Ia adalah kenderaan import yang turut kena cukai yang besar. Mahal sangat? Oh come on, kita yang masih miskin sebenarnya. hahaha

*bila la nak merasa test drive kereta nih hahaha.

Tags: , ,

Spirra Supercar dari Korea

Tuesday, June 22nd, 2010 | Kereta, Lain-lain | 1 Comment

Beberapa hari yang lalu (14hb), sebuah syarikat kecil yang bernama Oullim Motors dari Korea yang beroperasi sejak 2008 telah menyatakan bahawa model supercar mereka akan dilancarkan dalam masa terdekat. Sebenarnya supercar ini sudah agak lama diwar-warkan, juga telah dipamerkan di beberapa International Motorshow.

Spirra adalah sebuah supercar berenjin tengah dibina sepenuhnya dengan tangan manusia. Di tenagai oleh enjin berkapasiti 2.7cc V6 dari Hyundai dengan beberapa tahap kuasa. Enjin ‘Aspirasi Semulajadi’ atau Natural Aspiration (NA) mengeluarkan tenaga sebanyak 173bhp dengan tujahan (torque) sebanyak 245 Nm (Newton Meter) pada 6000 putaran seminit. Manakala konfigurasi kedua adalah dengan bantuan Turbine Boost iaitu Turbo yang kecil menjana tenaga sebanyak 325bhp / 471Nm. Konfigurasi tinggi pula dijana dengan turbo besar menghasilkan 395bhp dan 414bhp juga mencecah 490Nm.

Sistem transmisi manual 6 kelajuan pula memutarkan tayar belakang dan berjaya mencecah 3.5 saat bagi 0-100kmj. Kelajuan maksima pula diatara 212kmj hingga 310kmh. (hemmm… tidak begitu menakjubkan sebenarnya). Badan supercar ini dibina dari carbon fibre dengan tubular spaceframe (perkara biasa bagi supercar juga :D ). Ini semua bagi tujuan meringankan berat kenderaan.

Secara peribadinya, menurut pemerhatian saya, kereta ini seakan ada banyak persamaan dengan Lotus!. Lihat hadapan keretanya, seakan Lotus Evora. Pandangan sisi dan belakang juga seakan dari Lotus. Apa-apa pun itu mungkin mata saya sahaja.

Errr… dan.. logonya…. Juga nama asal syarikat asal yang membina Spirra ini bernama Proto Motors iaitu sebelum diambil alih dan menukar namanya kepada Oullim Motors. Apakah…

Lagi gambar-gambar selepas ini.

› Continue reading

Tags: , , , , ,

VISI & MISI

Menyedari betapa kurangnya blog automotif dalam bahasa Malaysia dan juga kurangnya info-info teknikal berkaitan dunia permotoran dalam bahasa kebangsaan ini, maka dari itu tercetuslah idea mewujudkan blog ini. Blog ini bercita-cita sangat besar, mahu menjadi 'leading' dan numero uno di Malaysia bagi web informasi segala aspek dan berita terkini permotoran. Kami berharap dapat mengumpul segala pakar automotif disini!.

Cari

Statistik