Proton

Lotus Evora kini dipasaran Malaysia

Thursday, June 24th, 2010 | Kereta, Lotus, Proton | 3 Comments

Kemana pulangnya sirih jika tidak ke gagang. Oh.  Akhirnya Lotus yang diberanakkan di United Kingdom itu menjejak juga ke negara induknya, Proton… Malaysia.

Ah.. berita ini dah disiarkan beberapa hari lalu, cuma saya tidak berkesempatan mengupdatenya. Buat blog yang baru seperti ini agak mustahil diberi peluang datang di hari pelancaran, ataupun dalam bahasa Inggerisnya ‘press invitation’. Ya! mungkin satu hari nanti ada peluang untuk bersama-sama yang lain. Mungkin masanya belum tiba. Apatah lagi saya sekarang masih berusaha mendapatkan sebiji DSLR. Tak mengapa! Update ini adalah untuk melengkapkan apa yang patut ada.

Bernama melaporkan Lotus Malaysia, memasarkan Evora pada harga RM443,480 (spefikasi sports), RM463,650 (spefikasi tech) dan RM472,110 (sports dan tech). Manakala RM490,210 bagi spefikasi edisi pelancaran. Lotus Malaysia mensasarkan jualan sekurang-kurangnya 30 buah Evora dapat dijual pada tahun ini.

Mahal? Habis tu takkan nak murah bawah RM200K! Ini dinamakan menjaga jenama. Perlu diingatkan juga, walaupun Lotus adalah milik Proton, tetapi ia dilahirkan di UK bermakna matanya adalah berwarna biru atau hijau. Ia adalah kenderaan import yang turut kena cukai yang besar. Mahal sangat? Oh come on, kita yang masih miskin sebenarnya. hahaha

*bila la nak merasa test drive kereta nih hahaha.

Tags: , ,

Exora MC1

Saturday, June 19th, 2010 | Kereta, Proton, spyshot | 4 Comments

Rasanya gambar spyshot ni dah lama, tapi saya nak kongsi juga. Exora varian ini digelar sebagai Exora MC1(minor change 1) berikutan terdapat beberapa perubahan telah dilakukan.

gambar sumber protonexora.com.my

Daripada spypics ini kita dapat lihat beberapa perubahan dari segi luaran. Walaupun tersebunyi disebalik pita hitam, anda boleh lihat ia dilengkapi dengan bodykit yang serupa dengan Exora Prime kecuali dibahagian belakang. Bumper lips belakang mempunyai design yang berbeza tetapi masih lagi cun. Lampu kabus diperkemas lagi dengan kehadiran kemasan chrome juga seperti yang terdapat pada Exora Prime. Airpress/wind visor turut disertakan.Pakej ini dilengkapkan dengan set rim 15″ berdesign baru .Elemen-elemen ini memberikan imej yang lebih mewah dan matang kepada Exora. Saya rasa bodykit ini padan dengan rekaan keseluruhan Exora, seimbang antara mewah dan sporty.

Menurut khabar angin, perubahan bukan hanya pada luaran sahaja. Kemasan dalaman telah diubah daripada warna kelabu kepada warna hitam, ini termasuk warna seat kulit. Material plastik juga telah diubah menjadi lebih tahan calar.

Malangnya enjin bukanlah Campro turbo seperti yang diharapkan, tetapi masih menggunakan Camrpo CPS 1.6. Sesiapa yang inginkan enjin yang lebih berkuasa tinggi, ini bukan variant yang anda cari. Walaupabagaimanapun variant ini sesuai untuk mereka yang inginkan Exora yang kelihatan sophistikated tanpa tanpa perlu menambah produk aftermarket.

Perubahan-perubahan ini datang bersama kos tambahan, maka harga varian Exora ini akan lebih mahal daripada varian sedia ada.

Tags: , ,

Usahasama Proton-Volkswagen

Friday, May 28th, 2010 | Kereta, Proton, Volkswagen | No Comments

Baru-baru ini, Dato Syed Zainal telah mengesahkan bahawa rundingan Proton-Volkswagen masih berjalan dan keputusan rundingan tersebut akan dapat diketahui dalam masa 2 minggu dari sekarang.

Saya rasa, hasil rundingan ini lebih cenderung kepada usahasama teknikal seperti perkongsian platform dan enjin. Melihat kepada hala tuju Proton sekarang, meningkatkan jumlah jualan export adalah tumpuan utama mereka, maka ada kemungkinan kita akan dapat lihat produk proton dijual dengan badge VW di luar negara. Hmmm, sebagai entry level model untuk VW kot. Untuk mendapatkan kepastian, kita kena tunggu 2 minggu lagi( tapi jangan berharap sangat, takut-takut ditangguh lagi tarikh keputusan macam kes-kes sebelum ni)

p/s: Tersebar juga laporan terkini mengatakan proton akan menggunakan VW  Jetta sebagai Model Gantian Perdana. Nampaknya kempunan la  rakyat Malaysia nak pakai VW Passat, hehe.

Tags: ,

Tiada lagi baucar program lupus kereta – Proton

Wednesday, December 30th, 2009 | Kereta, Umum | No Comments

Proton Xchange Programme, iaitu program pelupusan kereta lama untuk dapat rebate voucher kira-kira RM5000 bagi pembelian kereta baru kini telah ditamatkan kerana dana yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk tujuan itu telah habis digunakan sepenuhnya. 25,862 permohonan  diterima dari Mac hingga Oktober lalu.

Sumber : Bernama

Tags: , ,

Rekabentuk Proton ala Itali pada 2010?

Tuesday, December 29th, 2009 | Kereta, Umum | No Comments

Seperti yang dihebahkan oleh penulis blog automotif (berbahasa Inggeris) tersohor Malaysia iaitu Paultan, aotorotik (bakal blog auto tersohor berbahasa Melayu kah 3x) pun nak menumpang jugalah!

Sumber Proton sebelum ini ada melaporkan bakal mengupah design studio dari Italdesign Giugiaro, untuk merekabentuk model gantian Proton Persona untuk tahun 2010 (dan seterusnya?). Ia juga dinyatakan oleh Azlano, iaitu head designer Proton di twitternya.

Antara hasil kerja Italdesign ini adalah seperti › Continue reading

Tags: , , ,

Tata Nano, Lebih 15% Pelanggan Membatalkan Tempahan?

Tuesday, December 29th, 2009 | Umum | 1 Comment

Hindustan Times (web) melaporkan kira-kira 15% daripada 2.07 lakh (wow!) pelanggan membatalkan tempahan kereta Tata Nano berikutan penghantaran kereta yang lambat. Sejak dilancarkan lebih kurangMac 2009, penghantaran kepada pemilik adalah lambat dan ramai yang tidak berpuas hati kerana menunggu terlalu lama. Errr.. 15% daripada 2.07 lakh? ape tuh? berapa? masalah betul! nanti jap nak kira. :D

Selepas membuat pengkajian, kiraannya lebih kurang begini;

› Continue reading

Tags: , , , ,

VISI & MISI

Menyedari betapa kurangnya blog automotif dalam bahasa Malaysia dan juga kurangnya info-info teknikal berkaitan dunia permotoran dalam bahasa kebangsaan ini, maka dari itu tercetuslah idea mewujudkan blog ini. Blog ini bercita-cita sangat besar, mahu menjadi 'leading' dan numero uno di Malaysia bagi web informasi segala aspek dan berita terkini permotoran. Kami berharap dapat mengumpul segala pakar automotif disini!.

Cari

Statistik