Supercar
Supercar dari Lotus – Lotus Elite
“Lotus tidak boleh hidup sekadar jenama produk khusus” – CEO Lotus, Dany Bahar.
(“Lotus can’t survive as a niche brand.” Lotus CEO, Dany Bahar)
Itu kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Lotus yang baru dilantik beberapa bulan dulu. Orang yang berjaya menjadikan Ferrari lebih banyak dijual. Sejajar dengan wawasan Lotus yang mahu mengembangkan sayap ke arena supercar iaitu bersaing bersama Ferrari, Porsche, Lamborghini dan sebagainya.

Beberapa hari lalu (oh.. saya terlalu sibuk untuk mengudate blog ini), sebuah model konsep dari Lotus dinamakan Elite dikhabarkan akan dipamerkan di Paris Motor Show yan akan berlansung pada 2-17 Oktober 2010 ini. Berbagai-bagai reaksi dari Lotus fan dan Lotus fan wannabe
jika diperhatikan di blog-blog auto terkemuka dunia, ada yang suka, ada yang tidak dan sebagainya.
Sedikit info tentang Lotus Elite dan lagi gambar :
Spirra Supercar dari Korea
Beberapa hari yang lalu (14hb), sebuah syarikat kecil yang bernama Oullim Motors dari Korea yang beroperasi sejak 2008 telah menyatakan bahawa model supercar mereka akan dilancarkan dalam masa terdekat. Sebenarnya supercar ini sudah agak lama diwar-warkan, juga telah dipamerkan di beberapa International Motorshow.

Spirra adalah sebuah supercar berenjin tengah dibina sepenuhnya dengan tangan manusia. Di tenagai oleh enjin berkapasiti 2.7cc V6 dari Hyundai dengan beberapa tahap kuasa. Enjin ‘Aspirasi Semulajadi’ atau Natural Aspiration (NA) mengeluarkan tenaga sebanyak 173bhp dengan tujahan (torque) sebanyak 245 Nm (Newton Meter) pada 6000 putaran seminit. Manakala konfigurasi kedua adalah dengan bantuan Turbine Boost iaitu Turbo yang kecil menjana tenaga sebanyak 325bhp / 471Nm. Konfigurasi tinggi pula dijana dengan turbo besar menghasilkan 395bhp dan 414bhp juga mencecah 490Nm.
Sistem transmisi manual 6 kelajuan pula memutarkan tayar belakang dan berjaya mencecah 3.5 saat bagi 0-100kmj. Kelajuan maksima pula diatara 212kmj hingga 310kmh. (hemmm… tidak begitu menakjubkan sebenarnya). Badan supercar ini dibina dari carbon fibre dengan tubular spaceframe (perkara biasa bagi supercar juga
). Ini semua bagi tujuan meringankan berat kenderaan.
Secara peribadinya, menurut pemerhatian saya, kereta ini seakan ada banyak persamaan dengan Lotus!. Lihat hadapan keretanya, seakan Lotus Evora. Pandangan sisi dan belakang juga seakan dari Lotus. Apa-apa pun itu mungkin mata saya sahaja.
Errr… dan.. logonya…. Juga nama asal syarikat asal yang membina Spirra ini bernama Proto Motors iaitu sebelum diambil alih dan menukar namanya kepada Oullim Motors. Apakah…
Lagi gambar-gambar selepas ini.